Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

15 Feb 2012

Aduhaaiii Sedap Nyer Spaghetti With Prawns & Garlic Sauce




Aduhaaaiiii sedap nyeeerr, macam mana nak diet ni. Apa nak buat ni? Seperti feveret tagline my son. Hmmmm so creamy, the best spaghetti that I have ever tasted so far walaupun semua spaghetti yang saya masak selama ini semua sedap tapi setakat ini, yang ini teramat lah sedap nya... tak tipuuu, lebih sedap dari spaghetti yang pernah saya makan di Italiannies setakat ini. 

Resepi ini saya pelajari dari buku resepi pasta yang dibeli tempohari. Aween mencadangkan supaya saya mempelbagaikan masakan pasta saya untuk dimasukkan ke dalam blog. Dia sangat kreatif, malahan mencadangkan supaya teknik fotografi juga diubah dan diberi sentuhan baru.




Resepi ini menggunakan bahan bahan yang sangat ringkas dan mudah diperolehi. Yang paling paling penting ialah rasanya sedap. Cubalah resepi ini pula, tentu anda semua akan berpuashati. Tak perlu lagi makan pasta di restoran yang harga sepinggan pasti mencecah RM28. Kalau anak anak saya, pasti sepinggan tidak mencukupi.

Jom kita layan gambar gambar dan resepinya. 




Spaghetti With Prawns & Garlic Sauce
Oleh: Azie Kitchen
(hidangan: 4 org)

Bahan bahan:
3 sudu besar olive oil
3 sudu besar butter
4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar red pepper - potong kecil
2 sudu besar tomato puree
450 gram spaghetti atau tagliatelle
350 gram udang
125 ml double cream
Garam
Black pepper
3 sudu besar chopped parsley

Cara cara:
Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Masukkan bawang putih dan red pepper sehingga bawang kekuningan.








Masukkan tomato puree dan masak dalam 10 minit.





Rebus spaghetti mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Masukkan garam dan olive oil. Toskan. 

Masukkan udang ke dalam sos dan kuatkan api selama 2 minit sambil terus dikacau sehingga udang bertukar warna. Perlahankan api.




Kemudian tuangkan cream dan masak selama 1 minit sambil dikacau sehingga sos agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam.





Masukkan spaghetti ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan sos ke atasnya. Taburkan daun parsley. Kacau rata rata dan terus hidang. Boleh juga masukkan spaghetti ke dalam kuali, tabur parsley dan kacau supaya spaghetti bergaul rata dengan sos sebelum dihidangkan.





Angkat dan terus dihidangkan.





Enjoy ...



11 ulasan:

  1. Salam akak.. saya sekarang tgh sambung belajar di Finland.. sepanjang 3 bulan ni, boleh dikatakan semua resipi pasta akak saya dah cuba.. semua memang sedap! dan mmg tak dinafikan resipi yang ni plg sedap.. saya suka resipi akak sebab ade gambar.. saya harap akak dpt tambah lg resipi pasta akak.. sebab kat sini susah nak cari bahan utk masakan malaysia.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, anak anak kami pun suka makan pasta.

      Padam
  2. kak sdpnya..terliur sy tgk..yummyy...sy memang suka2 sgt dgn mskkan mcm ni...tqvm kak sbb kongsi resipi...

    BalasPadam
  3. Salam sis.. Nak tanye..double cream tu sama dgn whipped cream tak..? Atau bole tak digantikan dgn fresh milk?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikumm kak nk tnya double cream tu apa kak..klau tukaq ngan fresh milk

    BalasPadam
  5. Assalam kak azie,saya baru mencuba resipi nie tadi untuk Iftar, sedap sangat!! 2 supermarket saya pegi tetap takde double cream so saya gunakan whip cream je.alhamdullilah anak2 saya pun suka! Tq so much kak!

    BalasPadam
  6. salam kak...nk tanya..double krim tu macam mana ye....boleh guna susu segar tad..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari di supermarket atau grocers

      Padam
  7. Terima kasih sudi share resepi yang mabeles ni puan. Tengah tak ngam tekak nak makan apa pun. Tapi bila nampak resepi akak ni terus saya cuba dan memang seperti biasa tidak pernah mengecewakan.....moga puan dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di dunia dan akhirat....teruskan berkongsi puan......

    Salam perkenalan dari Sabah,
    Pn. Afy

    BalasPadam
  8. salam..nak tanya..gaul terus dgn sosnya dlm kuali atau letak sos semasa dlm pinggan..mana lebih sedap?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.