Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Gear Box lagi



Sup Gear Box


Sup Gear Box


Saya juga memasak sup gear box hari ini.  Gear box ini dibeli sewaktu saya balik Kelantan baru baru ini. Ini juga entri ulangan. Tapi ya la, blog saya ini adalah blog yang memaparkan masakan dan resepi berkitar sekitar kehidupan saya sendiri.  Bukan blog bisness atau apa apa, jadi masakan juga apa yang saya masak seharian, yang kadang kadang atau di kebanyakan masa adalah resepi ulangan terutama yang menjadi kegemaran famili saya.  

Jom kalau nak tengok resepinya klik di SINI jer.  Sama jer dengan resepi sup orang lain pun, cuma saja seronok seronok nak melayan gambar gambar ...

Ini adalah antara bahan yang diguna untuk membuat sup.  Saya membuat tumis darat, iaitu tumis di dalam kuali lain dan kemudian di tuangkan ke dalam periuk yang mengandungi tulang yang direbus.






Tulang direbus sehingga empuk dagingnya.  Biasanya saya hiris juga beberapa ulas bawang merah dan halia yang dihiris kasar dan dimasukkan ke dalam air rebusan. Kemudian boleh lah masukkan garam dan disesuaikan rasanya.




Masa hidang, saya dah potong potong dan gunting daging dari tulang supaya mudah dimakan.  Tak ada lah hidang dengan tulang tulang gitu. Taburkan lah cili padi hiris, daun sup atau daun bawang hiris dan akhir sekali perahkan sedikit air asam limau nipis.  Siaaappp ...



Enjoy ....
  
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Sup Gear Box lagi"