Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

29 Jan 2012

Spaghetti Carbonara Kegemaran Aween




 
Dari malam tadi, Aween meminta saya memasak spaghetti carbonara yang berkuah. Saya fahamlah maksudnya resepi asal carbonara yang saya biasa masak sebelum ni. Haa klik di SINI untuk resepinya. Saya pulak semalam sangat letih, jadi saya membiarkan sahaja mereka beli Mc D secara delivery. Tapi pagi ini terasa pulak bersalah kerana tidak menunaikan permintaannya. Jadi saya pagi pagi masuk ke dapur untuk melihat bahan bahan yang ada. Yang pasti mushroom memang tak ada stock lagi. Hmmm apa apa yang ada jer lah.

Jom ikut saya memasak spaghetti carbonara. Jommm .....


Mula mula sediakan bahan bahan yang diperlukan. Mushroom soup traditional yang dalam tin tuh. Cincang bawang putih dan potong potongkan sotong.





Panaskan kuali dan masukkan butter. Tunggu sehingga butter cair dan panas. Masukkan bawang putih cincang. Masak sehingga kekuningan.



Masukkan sotong atau apa apa yang disukai seperti udang ke, mussel ke atau isi ayam pun boleh. Goreng sekejap sehingga airnya agak kering. Masukkan sedikit lada hitam serbuk. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas lain.




Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan mushroom soup dan air. Kacau rata rata sehingga tiada lagi berketul ketul, baru dinyalakan api.




Akhir sekali masukkan susu dan beberapa keping cheese ke dalam sos dan juga garam, serbuk lada hitam lagi. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah diangkat.




Bila hampir menggelegak, masukkan bahan seafood yang dimasak tadi ke dalam sos mushroom. Kacau rata rata.




Spaghetti direbus di dalam air mendidih yang telah diletakkan garam dan minyak. Masak mengikut masa ditetapkan di bungkusan.

Semasa dihidangkan, letakkan pasta di dalam pinggan. Sendukkan sos carbonara. Taburkan parmesan cheese dan daun parsley yang telah dicincang. Boleh juga jika kesemua pasta dituangkan ke dalam kuali sos dan dikacau rata. Tapi itu sesuai kalau semuanya untuk dihidangkan secara serentak.



 
Taaddaaa ... enjoy ...


10 comments:

  1. Assalam azie.. Simple jek tapi nampak sedap.. Boleh try le nanti.. Sbb x pernah buat carbonara sos guna soup cambell.. Biasa guna prego tin tu, tp kureng sikit.. Tq for sharing.

    By the way, salam ukhuwah dr saya. Jemput dtg rumah saya www.themagicgarden.blogspot.com yer.. Hehehhe tq :)

    ReplyDelete
  2. tima kasih shre resipi.saya nk cuba

    ReplyDelete
  3. Good resepi Puan Azie, saya mmg cari resepi spaghetti carbonara yg tak guna sos prego dlm tin tu,terima kasih share resepi

    ReplyDelete
  4. letak cheese apa yea ? cheese cheddar yea ?

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap..x sbr nk try...😋

    ReplyDelete
  6. Tengok pon dah terliur ni..mmg kna try la,tq sis share resepi nya

    ReplyDelete
  7. sy dah try..suami makan bertambah tambah...dia cakap lagi sedap dari makan kat kedai.terima kasih kak azie...sy selalu tgk blog kak azie bila nak masak.resepi semua menjadi.semoga bertambah murah rezeki kak azie sebab tak lokek berkongsi ilmu memasak ni.

    ReplyDelete
  8. Mesti try! Tq kak azie for sharing..😃

    ReplyDelete
  9. sedap nya. kalau tak letak susu boleh ker ?

    ReplyDelete
  10. Hr ni saya cuba resipi azie mmg sedap tkasih ye azie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.