Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

15 Jan 2012

Saya Memang Giler ...






Ya, saya memang gila. hah? Apa tu? Saya memang gila dan peminat tegar keropok lekor. Saya amat amat amat menggemari keropok lekor. Sejak kecil lagi saya memang suka makan keropok lekor. Semasa di bangku sekolah rendah, kawan saya bernama Muhaini membawa keropok lekor yang dah bergoreng ke sekolah. Saya adalah antara pelanggan tetap. Tak cukup itu, saya sanggup berbasikal ke kampung beliau di Pantai Baru yang berbatu batu jauhnya semata mata ingin membeli beberapa ketul keropok lekor. Dulu dengan duit poket yang hanya 20 sen sehari, saya hanya boleh membeli seketul sahaja keropok lekor. Keropok lekor yang dibuat oleh keluarga Muhaini menggunakan banyak ikan yang dikisar lumat, sangat sedap dan sehingga kini, saya masih meletakkannya di ranking teratas. Sayang sekali mereka tidak lagi membuat dan menjual keropok lekor.
Pernah satu tahun semasa saya masih kecil, my parent dengan jiran jiran tetangga di Kampung Tangok berkongsi dan berpakat membuat keropok lekor di halaman rumah kami. Best sangat tapi masa tu, mana ada peti sejuk di rumah kita, jadi dapatlah makan keropok lekor tu beberapa hari sahaja. Yang selebihnya, my mom hiris nipis nipis dan dijemur untuk dimakan sebagai keropok kering.

Seingat saya, sejak meningkat remaja, agak sukar mencari keropok lekor yang sedap di Kelantan. Pengusaha keropok lekor mula mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan ikan dan melebihkan tepung kanji. Sejak tu, memang saya tak lagi membeli keropok lekor walaupun sangat merinduinya. Sehinggalah satu hari dalam sekitar hujung 80an rasanya, ada seorang penjual yang datang ke rumah kami untuk menjual keropok lekor. Arwah my father membeli beberapa ketul sebab hanya ingin mencuba sahaja. Bila terasa sedap, saya mula memborong dan membawa balik ke KL. Setiap kali balik kampung, arwah my father akan ke rumah orang yang menjual dan meminta supaya dibuatkan keropok lekor yang sedap untuk saya bawa balik. Kami bersedia membayar dengan harga yang lebih asal penggunaan ikan dikekalkan selepas mendapati mereka mula mengurangkan penggunaan ikan. Tapi lama kelamaan, keropok lekor mulalah tidak lagi sesedap sebelumnya kerana ikan yang diguna dikurangkan walaupun saya sanggup menawarkan harga lebih tinggi. Dengan itu, berakhirlah sudah langganan saya.

Sekarang sejak perhubungan menjadi lebih mudah, barulah saya dapat menikmati keropok lekor Terengganu yang masih mengekalkan resepi keropok lekor yang sebenarnya. Bukan seperti keropok lekor Kelantan yang tak mungkin saya membelinya lagi kerana saya memang akan sakit hati bila merasa keropok lekor yang seperti hanya keropok kanji sahaja. Setiap kali ada kawan kawan yang ke KT atau kawan kawan yang berasal dari Terengganu balik dari sana, pasti saya akan mengirimnya dalam jumlah yang banyak. Keropok lekor akan disimpan di dalam freezer dan dikukus sebelum digoreng. Dulu saya merebus tanpa mengetahui bila merebus, rasa keropok lekor tidak lagi sedap. Tapi dengan mengukus, kesedapan tidak terusik. hahahaha tak tergugat gitu.

Bila ada stock keropok lekor di rumah, pagi petang siang malam, mulut saya hanya mengunyah keropok lekor sehingga stock habis. Saya tak pernah jemu, keropok lekor di makan dengan nasi, dengan mee, dengan apa apa sahaja. Malahan saya meratah begitu sahaja tanpa digoreng terlebih dahulu. Alahai, gitu lah giler nya saya dengan makanan yang bernama Keropok Lekor.  Gitu lah juga catatan saya sepanjang hidup yang signifikan berkaitan dengan keropok lekor ....

Kukus dahulu sebelum digoreng

makanan kegemaran saya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.