Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sarapan pagi sabtu Villa Nur Qaseh




Seperti biasa, hari sabtu dan ahad adalah hari yang sibuk di dapur Azie walaupun ada masanya rasa nak tutup kedai dan makan jer di mana mana restoran tapi bila memikirkan si bujang yang suka makan apa yang saya masak, menyebabkan saya tetap ke dapur untuk menyediakan sarapan. Yang seronoknya, lepas makan dia akan cakap, "Mama, tanya sedap tak? Tanya la".  Nanti saya akan tanya "OK sedap tak?".  Hahaha dan dia akan jawab "Sedap".  Seronokkan?  Hmm memang penat pun berbaloi sebab saya sangat bahagia.  Kadang kadang masakan masih dalam kuali, dah disudu makan sambil saya masih lagi menyiapkan masakan ...

Bukan apa, ingat pagi hujung minggu lah nak berehat sikit sambil melayan layan ikan koi dan ikan kelah yang melibas libas berebut makanan yang sungguh menyeronokan.  Bunyi libasan air sahaja sudah cukup memberikan ketenangan fikiran.  Lepas tu, boleh layan pokok pokok bunga saya yang perlukan belaian.

Haaa jangan tak tahu, kesemua pokok dan tanaman di rumah ini adalah hasil tangan kami sendiri.  Semua dibuat sendiri. Kami membeli anak benih pokok tanaman dan pokok bunga, tanam sendiri, baja sendiri dan menyiramnya sendiri.  Kutip daun daun dan mencabut rumput rampai yang tumbuh sekeliling, tentu lah juga kami buat sendiri.  Cuma rumput jer dipotong oleh Bangla.

Jauh pulak perginya ya.  Yang sebenarnya nak cerita apa yang dapur Azie siapkan untuk sarapan pagi ini.  Jom intip ...

Bangun pagi pagi ke dapur dan terus mulakan tugas dengan memasak sambal tumis ikan bilis untuk dimakan dengan nasi lemak kukus ler.  Tak ada sambal tumis ni, tak lengkap lah hidangan nasi lemak. 

 




Sambil sambil mengacau sambal dalam kuali, saya juga mula mengukus nasi lemak di dalam periuk pengukus.  Boleh tahan juga remeh nya proses mengukus nasi lemak ni ya ...







Saya juga mengukus semula keropok lekor Terengganu yang my friend bawa balik semalam.  Saya memang suka makan keropok lekor dengan nasi lemak.  Sebelum digoreng, kenalah kukus dulu bagi ianya lembut sebab semalam dah simpan dalam peti ais.





Lepas tu goreng pulak ikan bilis sebagai lauk sampingan.  Ini juga bahan wajib dalam nasi lemak saya.  Jika tak ada, memang rasa tak lengkap.  Selain ikan bilis, mesti ada timun dan juga telur.  Cuma kali ini telur tidak direbus tetapi dibuat dadar sahaja.  Sebenarnya lebih jimat pun dimasak macam ni ...







Malam tadi saya dah masakkan ayam rendang untuk dimakan dengan nasi lemak kukus.  Tapi anak bujang saya dah mencukai beberapa ketul untuk dimakan dengan nasi malam tadi.  Jadi pagi ni, saya cuma perlu memanaskan semula rendang ayam sebelum dihidangkan ....





Barulah lengkap hidangan nasi lemak kukus saya untuk minggu ni ...  haaa ini lah dia ... yang tak ada nya daun pisang jer.





Puashati bila dapat menyediakan sendiri sarapan keluarga.  Seperti yang saya citerkan dulu, saya bukanlah seorang yang minat ke dapur tetapi bila dah di usia begini, baru saya terasa keseronokannya berada di dapur untuk menyediakan sendiri hidangan keluarga.  Walaupun anak anak saya membesar dengan masakan di restoran dan masakan maid, tapi syukur kerana belum terlambat untuk saya memberikan kegembiraan dengan hidangan dari air tangan saya sendiri pada famili di saat ini.  Jangan menoleh ke belakang, hadapi apa yang ada pada hari ini.  Tak gitu?  




Tengok anak bujang saya bersarapan.  Dengan ipad di depan, dengan remote TV bersama.  Budak generasi sekarang, generasi X atau generasi Y?  

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Sarapan pagi sabtu Villa Nur Qaseh"

  1. Wah! Nampak sedap dan menggoda. Bawalah seperiuk ke pejabat pada Isnin depan. Rasanya akan lebih enak jika pinggannya dialas dengan daun pisang.

    Abdul Hanan

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Ini semua gara gara nasi lemak kukus Bdr Tun Hussein Onn la yang menjadikan saya sangat teruja untuk cuba memasak sendiri nasi lemak kukus. Memang best sangat nasi lemak bila dikukus.

    BalasPadam