Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis dg Terung Pipit dan Tempoyak



Sambal Ikan Bilis dg Terung Pipit dan Tempoyak


Saya memasak ikan bilis dan terung pipit goreng dengan tempoyak hari ini bagi menghabiskan terung pipit yang ada sebelum ianya busuk.  Saya semalam ingatkan hanya nak goreng sambal ikan bilis biasa yang diletakkan terung pipit tapi bila terjumpa satu resepi yang diletakkan tempoyak di dalamnya, hati menjadi teruja untuk mencuba.

Saya pun terus menggeledah apa yang ada dalam peti sejuk dan mengeluarkan barang barang yang dah rosak. Maklumlah saya ni, memasak bermusim, bila memasak lauk, lauk sahaja seharian. Bila mood nak membuat kuih, akan jadi kuih lah hari hari. Jadi daun pandan yang dibeli akan kering, bila mood pasta pulak. Bila dilihat cukup bahan untuk membuat goreng ikan bilis terung pipit dan tempoyak, saya pun mula memasak. 

Sekejap sangat penyediaannya, sangat ringkas. Jom layannn....



Sambal Ikan Bilis dg Terung Pipit dan Tempoyak

Ikan Bilis Goreng dg Terung Pipit dan Tempoyak 
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
Ikan bilis
Terung pipit
15 cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu besar tempoyak
1/2 bawang besar - hiris
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara cara:
Goreng terung pipit dalam 5-7minit. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan




Tumbuk cili api dan bawang putih. Tumiskan hingga naik bau dan cili garing. Masukkan garam gula dan asam jawa. Kacau rata



Masukkan ikan bilis, terung pipit dan bawang besar. Kacau rata lagi.



Akhir sekali, masukkan tempoyak.  Goreng sehingga garing, baru diangkat.



 Selamat Mencuba




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Sambal Ikan Bilis dg Terung Pipit dan Tempoyak"