Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

20 Jan 2012

Quiche Untuk Hi Tea






Hari ini saya masakkan mushrrom and chicken quiche lagi untuk kuih sampingan dalam majlis hi tea. Dah dua kali saya buat quiche yang resepinya di beri oleh rakan fb saya, TeeaRa Yatie dan dah dua kali juga saya membuat posting dalam blog Azie Kitchen. Kali ini, kita layan layan jamu mata jer ya.  Kalau nak tengok juga resepinya, boleh tengok di SINI


Mudah sangat untuk membuat quiche ni dan jika dibeli harganya agak mahal. Apa kata kita sama sama membuat sendiri untuk hidangan anak anak dan dapat menjimatkan ekonomi keluarga. Yeah.


Cara cara membuatnya mudah sekali.  Ini jer bahan bahan yang diperlukan.





Tumis bawang putih, ayam, chicken fillet, mushroom dan lain lain sayuran menggunakan olive oil.  Masukkan herbs dan garam.  Siap lah filling untuk quiche.  Mudah kan?





Pastri boleh dibuat awal awal dan simpan dalam peti sejuk. Tapi lagi best kalau buat dan terus bakar, tapi leceh nak mencanai dan membasuh peralatan tu. Tapi jangan tak tahu, quiche juga boleh dibuat tanpa kulit atau pastri. Saya belum lah pernah mencubanya lagi.  Insya Allah, kalau mood M dah datang, boleh lah buat crustless quiche. Nak tengok camne saya buat pastri, boleh lah layan gambar gambar di bawah ni...










Pastri dah siap, bahan bahan dalam nya pun dah siap, jadi apa lagi, teruslah penyediaan untuk membakar. Yang ini lagi mudah, tinggal tuangkan semua sekali. Masukkan filling, whipped cream dan last taburkan cheese. Ikut lah berapa banyak yang disukai, lagi banyak lagi sedap.











Ini proses yang paling best, proses menghidang dan menikmati quiche terutama bila makan panas panas secara beramai ramai, memang syok sekali...








1 comment:

  1. In Sha Allah resepi ini akan dicuba...selalu buat acara hi-tea kat pejabat. Thanks Sis.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.