Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Tempoyak Ikan Parang



Masak Tempoyak Ikan Parang
 

Masa ke Carrefour Kota Damansara saya terjumpa 2 keping ikan parang yang agak besar. Sejak berpindah ke KD, susah sikit nak cari ikan segar kerana di sini tiada pasar basah seperti kami di USJ dulu. Apalagi terus membelinya kerana dah lama mencari ikan parang yang besar selepas makan di rumah Raja Zul di Taman TAR yang memasak lemak cili padi ikan parang dan daun pegaga. 

Itulah kali pertama saya makan ikan parang yang sedap dan hampir tidak mengetahui yang ianya ikan parang. Selama ini saya makan hanya ikan parang yang kecil, jadi ianya sangat bertulang. Bila ikan parang gemuk besar, memang tak terasa sangat bertulang kerana tulangnya senang diasingkan. Hampir setiap hari dok meminta hubby mencari ikan parang yang gemuk besar selepas menikmati masakan ikan parang yang sedap itu. Itu cerita dulu lah yang dah lama berlalu. 

Saya hari ini tidak memasak lemak, sebaliknya hanya memasak tempoyak sahaja kerana dah ada lauk lain yang berkuah santan.  Tak mengapalah kerana masakan tempoyak ni, masakan kegemaran my laling hubby dan anak anak. Resepi masak tempoyak ini, sama jer dengan cara masakan tempoyak yang saya dah masak sebelum ini. Nak tengok resepinya? Jom klik jer di SINI. Cuma bezanya saya tak letak daun kesum sebaliknya hanya memasukkan taugeh yang besar sahaja. Jom layannn ...




masak bahan kisar, tempoyak, garam dan asam keping

bila mendidih, masukkan ikan

masukkan taugeh

renihkan

Masak Tempoyak Ikan Parang
dihidangkan




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Masak Tempoyak Ikan Parang"