Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Api Ikan Parang dan Terung Pipit

 
Masak Lemak Cili Api Ikan Parang dan Terung Pipit

 Hari jumaat lepas, kami singgah di Jaya Grocer Sunway Giza sebab nak mencari fresh parsley. Tapi apa yang dicari tak dijumpai, jadi pusing pusing cari barang dapur lain. Saya sebenar nya suka sekali membuat window shopping di bahagian dapur supermarket kerana jarang saya membuat senarai barang yang ingin dibeli. Bila ternampak jer apa apa, terus ambik. Saya terus sesuaikan dengan bahan yang perlu untuk masakan yang dirancang atau barang yang sudah kehabisan stock.

Dalam dok pusing pusing, ternampak ikan parang yang dah dipotong dan dipek. Besar gemuk, padanlah harga sepotong pun dekat RM10. Tapi sebab dah lama mencari ikan parang yang hahahaha memenuhi kriteria gemuk besar, maka saya pun membelinya juga. Kat situ juga ternampak sayur mayur kampung, saya membelel belek dan terjumpa terung pipit. Saya pernah masak ikan bilis goreng dengan terung pipit. Resepi itu diberi oleh sahabat lama saya, Nur Aizam. Dari dia lah saya kenal apa dia terung pipit. Itulah kali pertama dan sehingga kini tak pernah lagi membeli apalagi memasak terung pipit. Tapi bila ke Restoran Jaring, saya suka sekali dengan gulai daging yang dimasak bersama terung pipit. Sedap sekali, mungkin resepi masak lemak Thai agaknya.

Jadi mengingatkan kawan saya masak ikan parang masak lemak cili padi dengan pegaga, jadi saya fikir elok juga kalau saya masukkan terung pipit dalam masak lemak nanti sebagai ganti daun pegaga. Mesti sedap. Selepas saja bersarapan, hajat hati nak berehat dulu sebelum memasak untuk makan tengahari, tapi ntah tiba tiba jer saya mengeluarkan bahan bahan diperlukan dan terus memasak. hahaha nampak sangat yang dah teruja sampai tak sabar sabar lagi ...

OK lah, jom layan gambar dan resepi di bawah ...

Masak Lemak Cili Padi Ikan Parang dan Terung Pipit

1 potong ikan parang
Segenggam terung pipit
1 inci kunyit hidup
6 biji cili padi
1 asam keping
Santan
Garam

Kisar cili padi dan kunyit hingga halus. Masakkan bahan kisar dengan ikan hingga agak kering. Masukkan santan dan dikacau dengan api perlahan.

Masukkan terung pipit dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan asam keping dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah ditutup api.

antara bahan diperlukan

haa tengok isi ikan parang yang gemuk besar ni

inilah dia terung pipit

masak bahan kisar dengan ikan dahulu hingga hampir kering

masukkan santan dan kacau selalu selalu

masukkan terung pipit

Masak Lemak Cili Api Ikan Parang dan Terung Pipit
siap dihidangkan

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Masak Lemak Cili Api Ikan Parang dan Terung Pipit"