Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 1 January 2012

Bingka Durian




Sementara menunggu sarapan, saya menyiapkan bahan bahan diperlukan untuk membuat kuih bakar durian.  Semalam semasa orang lain sibuk menghadiri tempat tempat untuk count down new year, kami berempat beranak makan durian udang merah di padang berdepan dengan Sunway Giza.  Sangat mendamaikan kerana di bawah suram suram cahaya lampu jalan, suasana sangat berbeza.  Kami beli 2 biji durian yang memang disimpan untuk dibuat kuih muih nanti.

OK berbalik kepada kuih bakar ini, kiranya kuih ini adalah kuih pertama yang saya masak untuk tahun 2012.  Penyediaan apa apa kuih bakar atau bingka memang cepat.  Sukat sukat dan blend, siap untuk dibakar.  Begitu juga dengan kuih ini yang saya sediakan hanya separuh adunan dan dibakar dengan acuan muffin.  Jom kita tengok gambar gambar dan resepinya ....


Kuih Bakar Durian

Bahan-bahan 
250 g isi durian
1700 ml santan (600ml santan kotak+1100ml air)
600 g tepung gandum
400 g gula pasir
6 biji telur
1 sk garam
2 sk pewarna kuning

Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 kedalam sebuah mangkuk dan kacau rata.Tuang pula adunan kedalam pengisar dan kisar bahan2 hingga halus.Tuang semula adunan yg telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
Sementara itu,oven hendaklah dipanaskan dahulu pd suhu 180C.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu yang bergris dan bakar selama 45 min atau hingga masak.

2 comments:

  1. sedapnya..nampaknya lepas pantang baru dapat makan...

    ReplyDelete
  2. boleh juga guna empuk durian sebagai ganti fresh isi durian. lepas pantang, boleh makan ni. masak pun mudah, blend jer semua.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.