Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bila Saya Mengamuk ...


Hahaha suspen tak? bila saya mengamuk di dapur, habislah melayang periuk belanga, berkecai pinggan mangkuk ... Ohh tidak tidak, tidak gitu.  Saya sayang pinggan mangkuk saya yang saya beli dengan duit gaji sendiri.  Saya mengamuk kerana dalam kabinet dapur dan kitchen store saya mula dihuni oleh sang lipas. Bila masuk ke dalam store, siap bunyi mereka berpesta menari nari. Mahu hati saya tak panas. Malam tadi saya pos dalam fb bertanyakan pendapat kawan kawan. Alhamdulillah ramai yang sanggup berkongsi petua dan pengalaman masing masing. Jadi hari ni berkali kali saya menghantar bbm kat my Laling Hubby minta membelinya.

Haaa nak tahu apa dia? Tunggguuuu.... balik jer dari pejabat terus menghala ke USJ 21 mencari kedai CNI ... nak tahu nama produknya? ohh namanya CO-GO dari CNI. Lepas jer makan malam, terus bagi pengumuman pada anak anak akan serangan yang akan dilakukan.  Kena beritahu mereka supaya mereka faham langkah langkah yang perlu diperhatikan seperti bekas minuman dan makanan yang mesti dibasuh dahulu.  Tak sabar nak tunggu malam, terus jer masuk store dan mulakan serangan. Tak sampai 10 minit, segala datuk nenek, cucu cicit mereka mula muncul dan menyerahkan diri. Satu demi satu tersungkur ... puas hati saya. 

Terima kasih semua pada kawan kawan fb yang sudi berkongsi pengalaman antaranya Sarizah, Rusila, Maisarah, Suhaili dan ramai lagi. Misi berjaya ...
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Bila Saya Mengamuk ..."