Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

22 Jan 2012

Chicken Sandwich Jer Sebab Banyak kedai Dah Tutup Untuk CNY ...



Hari ini Boy ke OU untuk berjumpa kawan kawan dia dan saya bercadang untuk ke OU masa nak ambil dia dan bolehlah keluar makan makan sekali. Tapi Boy bagi BB message, katanya banyak kedai yang dah ditutup di OU.  Ohhh gitu sekali ya ...biasa kalau cuti panjang macam ni, memang saya akan bercuti atau balik kampung.  Tapi sejak pindah ke KD, memang tak ada hati nak bercuti, dan malas juga nak menempuh jalan raya yang sesak untuk balik kampung.  Ntah lah sejak dua menjak ni, ada ke istilah tu, hehehehe jadi penat lah kalau travel jauh jauh dan jalan sesak pulak tu ...

Hari ini saya berselang seli, lepas masuk ke dapur, keluar tengok TV. Masuk dapur lagi dan keluar ke garden pulak, memang banyak aktiviti nak dibuat cuma badan jer rasa macam tak larat. Tapi dalam gitu, sempat juga menolong hubby mencuci air kolam ikan.  




Jadi apa yang nak ditulis ialah, kedai banyak tutup dan badan pun penat sebab menyibuk kat laman tadi, jadi saya rasa malas nak keluar cari makan.  Jadi malam ni, cuma nak buat chicken sandwich menggunakan roasted chicken yang saya beli  di JJ One Utama malam tadi. Ringkas dan yang penting mengenyangkan.  Kalau nak makan apa apa, boleh jer masak kerana stock makanan memang banyak pun.

Buat sandwich menggunakan ayam panggang segera ni memang mudah, siak siak kan isi ayam, sapu dengan mayonis.  Dulu saya pernah membuat entri yang serupa di SINI.

Ambil 2 keping roti gardenia, letakkan apa apa sayuran di atas roti yang boleh juga jika mahu dilenser sedikit butter.  Tak mahu pun tak apa, sebab mayonis tu dah very rich lah.  

Akhir sekali, sudukan isi ayam di atas sayuran.  Tutup dengan sekeping lagi roti dan siap untuk dinikmati ....





Oleh kerana ini jer sayuran yang ada di rumah kami, maka ini jer lah yang boleh diletak.  Maklum lah, kedai banyak dah tutup, barang pun banyak kehabisan.  Apa apa pun, enjoy ...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.