Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

15 Jan 2012

Ayam Goreng Berempah




Ayam goreng berempah memang sedap, sedap dimakan dengan apa saja samada nasi lemak kukus, pulut kuning ataupun dimakan dengan nasi putih. Cuma leceh nak menggoreng kerana rempah rempah yang dimasukkan dalam ayam masa diperap cepat sekali hangus dan minyak nya juga tak boleh diguna untuk lain lain masakan.

Jadi hari ini saya membuat ayam goreng berempah untuk hidangan makan tengahari keluarga. Itu pun saya membuat rempah sambil menyiapkan nasi goreng cina. Jadi sambil menggoreng nasi, ayam sudah siap diperap sebab ayam goreng berempah ni, lagi lama diperap, lagi sedap sebab rempah sudah mesra dengan ayam. 

Semuanya dibuat demi menyiapkan makan tengahari yang sedap untuk keluarga.

Ayam Goreng Berempah 


Bahan-Bahan :
8 ketul ayam (lumur garam kunyit)
3 ulas bawang merah ( dikisar )
4 ulas bawang putih ( dikisar )
1cm halia ( dikisar )
3batang serai ( dikisar )
1 sudu makan serbuk kari daging
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara - Cara :
1. Gaulkan semua bahan, perap selama beberapa jam.
2. Panaskan minyak, boleh juga dimasukkan daun pandan, jika suka.
3. Goreng ayam hingga masak. Guna api sederhana sebab ayam perap senang hangus.

ayam diperap terlebih dahulu

goreng dengan api perlahan

haaa dah siap

enjoy









2 ulasan:

  1. terima kasih sgt2 sbb sudi kongsi resipi ni. saya sgt2 teringin nak buat sendiri. and blog yg cantik dan mesra pembaca sbb ada gambar sekali. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Harap sudi tulis nama ya. Senang nak address. Kalau segan, tulis jer nama ringkas

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.