Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

15 Jan 2012

Air Sirap Selasih




Saya memikirkan apa air minuman yang hendak dihidangkan semasa jamuan makan pada 20 hb nanti dan tiba tiba teringatkan air sirap yang dimasukkan biji selasih yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. 

Saya sebenarnya suka sesuatu yang simple sahaja seperti air sirap, air teh O ais dsb.  Tak suka sirap bandung atau yang dah dimasukkan berbagai bahan di dalamnya.  Dengan air yang simple, kita lebih terasa nyaman dan dapat menghilangkan dahaga yang sebenarnya.

Jom kita tengok bahan bahannya ...



Air Sirap Selasih


Pewarna merah
Gula
Daun pandan
1 paket biji selasih
Esen pisang
Air secukupnya
 
Masakkan air dan masukkan pewarna merah, gula dan daun pandan. Masukkan esen pisang dan tutup api.  

Masukkan biji selasih ke dalam mug dan dicampurkan air suam dan dikacau sehingga biji selasih kembang.

Tuang ke dalam gelas yang diletakkan ketulan ais. Sedia untuk diminum. Jika mahu, boleh dicampurkan sirap dengan laici bersama airnya. Sangat nyaman ...


masak air gula dengan daun pandan

masukkan pewarna merah

masukkan esen pisang

tuangkan air sirap bersama air ais ke dalam jug

bancuh biji selasih dengan air suam



nyaman



2 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.