Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 30 November 2011

Gulai Kawah Daging Kelantan




Semasa balik untuk majlis kenduri kawin anak saudara di kampung, saya memang mengambil usaha untuk melihat sendiri bagaimana gulai kawah Kelantan disediakan langkah demi langkah sehingga gulai masak dan siap untuk dihidangkan. Ini adalah kerana saya merasa pelik bila gulai kawah yang dimasak oleh orang Kelantan yang berniaga di KL tidak memberi rasa yang sama dengan gulai kawah yang disediakan semasa kenduri kawin di Kelantan.

Masak Asam Pedas Ikan Belanak







Musim musim banjir, memang banyak ikan belanak yang dijala di laut dan muara muara sungai di sekitar pantai Bachok. Saya sebenarnya dah lama tak makan ikan belanak kerana sebab sebab tertentu. Namun hari ini, semasa berada di rumah kakak, penjual ikan masuk ke laman rumah membawa ikan belanak yang segar segar. Jadi kakak telah membeli ikan belanak untuk dimasak asam pedas stail Kelantan.

Masak asam pedas yang tidak ditumis ini sedap juga dibuat menggunakan ikan duri atau ikan yang agak berlemak. untuk sedikit kelainan, bolehlah kita mencuba masakan ini. Jom kita tengok resepinya di bawah, jom layannnn ....


Masak Asam Pedas Ikan Belanak

Bahan bahan
7 cili kering
5 bawang merah
1 ulas bawang putih
5 asam keping
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa
sedikit daun kesum

Cara cara
Blend semua sekali kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan dalam periuk dan masukkan air se cukupnya. Rebus sehingga menggelegak, baru dimasukkan ikan.

Masukkan garam dan daun kesum. Sesuaikan rasa. Boleh dimakan dengan nasi putih panas panas.

bahan bahan diperlukan, blend kecuali asam keping

ini lah dia ikan belanak

yang telah disiang dan dibersihkan

masak atas dapur  bahan kisar dan asam keping


masukkan ikan bila kuah menggelegak

biarkan seketika

masukkkan daun kesum, garam dan perasa



Sambal Tumis Sotong dan Petai


 


Semasa pergi ke Pekan Jelawat, ternampak sotong yang besar dan segar bugar. Saya membeli sekilo dengan harga rm14 dan membeli juga seikat petai yang besar besar dengan harga rm3 kerana Juita memang suka memakan petai samada direbus, dimasuk dalam gulai lemak ataupun dibuat sambal tumis bersama sotong atau udang.

Jom kita tengok gambar gambar sotong dan petai yang saya masak di rumah kakak saya di Kelantan. Jom layan ...

Sambal Tumis Sotong dan Petai

Bahan bahan
Sotong dipotong ikut suka
10 cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Petai secukupnya
sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa

Blend semua bahan di atas. Panaskan kuali, tumis bahan blend sehingga betul betul masak. Masukkan sedikit gula bagi menjadikan sambal berwarna merah cantik. Masukkan petai dan selepas itu baru masukkan sotong yang telah dibasuh dan ditos air nya.

Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kalau mahu letak bawang besar yang dihiris pun boleh juga dimasukkan waktu ini. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.

taaraaa .. siap untuk dihidangkan.


sotong bersih dan ditos

petai dibelah dua

tumis bahan blend

masukkan cili mesin

bila garing masukkan petai dan gula

masukkan sotong

letakkan garam dan air asam jawa

siaappp ...


Saturday, 26 November 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia

   


Tadi my Laling pergi menemani Din untuk mengambil bekalan ikan dari kolam Dato Shafie di Ulu Yam untuk dibuat barbeque masa gathering rumah Dato Salehudin esok. Sempat di bawa balik 3 ekor. Saya terus memasak masak lemak cili padi. Seronok tengok anak anak makan sebab bukan sahaja menambah nambah tapi siap ada ulangan lagi. Jadi malam tadi juga, sudah licin semua masak lemak. Memang berbaloi bila melihat hubby dan anak anak makan dengan berselera apa yang kita masak.

Resepi ini dah banyak kali dibuat dalam entri sebelum nya. Cuma kali ini saya menggunakan cili padi hijau kampung, jadi kuah lemaknya berwarna kuning. Saya memang suka kuah yang berwarna kuning. Sebelum ini, cili padi berwarna merah, jadi kuahnya berwarna kemerahan sikit. Saya masih mengikut cara masakan yang diajar oleh Zu.  Haaa kalau nak tahu macam mana caranya, boleh rujuk pada entri sebelum ini dengan klik di SINI ya ...





Pandan Chiffon Cake




Saya tiba tiba menjadi sangat teruja untuk cuba membuat chiffon cake selepas membaca update facebook my friend walhal saya bukan penggemar kek chiffon. Keinginan ingin mencuba tersangat sangat sehingga rasa tidak sabar untuk membeli acuan kek dan lain lain bahan yang diperlukan.

Saya terus membuka ipad dan terus membaca berkenaan kek chiffon dan mencari resepi yang ingin dicuba. Banyak sekali resepi kek chiffon tapi saya amat tertarik dengan tulisan dalam blog pickyin. Kriteria kek chiffon yang sempurna mestilah rasa sedap, bau yang wangi dan ruoanya yang cantik. Saya harus mengaku yang percubaan pertama saya adalah gagal untuk menepati kriteria bagi mendapatkan kek yang sempurna walaupun rasanya boleh lah tahan sedap dan baunya juga semerbak wangi. Yang pasti, rupanya memang out langsung. Apa apapun, saya perlu mencuba lagi kerana ada orang membuat percubaan sebanyak berbelas kali sebelum mampu menghasilkan kek yang nearly perfect. Teknik penyediaan yang menyebabkan kek saya tidak cantik. hahaha walaupun gitu, setengah biji habis masa dalam proses memotong dan mengambil gambar sahaja.

Jom lah kita tengok resepinya...

Pandan Chiffon Cake

Bahan A
4 telur kuning
50 gm gula kaster
50 ml corn oil
100 ml santan
100 gm tepung kek
1 tsp baking powder
1/8 tsp garam
1 tbsp jus pandan
1 tsp vanilla essen
1/2 tsp esen pandan
1/4 tsp pewarna hijau

Bahan B
5 telur putih
50 gm gula kaster
1/2 tbsp cream of tartar

23 inches cake tin

perfect kek chiffon adalah kek yang rasa sedap, berbau wangi dan kelihatan cantik. 

Cara cara
Potong daun pandan yang telah dibersihkan dan tumbuk atau blend dengan memasukkan 1 sudu besar air dan perah utk mendapatkan jus pandan.

Masukkan telur kuning dan gula kaster, pukul selama 5 minit dengan kelajuan level 6. masukkan corn oil, santan, jus pandan, pandan paste dan sedikit pewarna hijau. pukul lagi hingga sebati. 

Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam adunan tadi dan pukul dengan kelajuan level 4. masukkan dalam bekas lain dan ketepikan.

Bersih dan keringkan mangkuk untuk pukul telur putih. pastikan telur berada dalam suhu bilik, segar. Putar 5 biji telur putih selama 1 minit dengan kelajuan level 4. Apabila telah kembang, masukkan krim of tartar dan pukul lagi selama 45 saat dengan kelajuan level 8. lepas itu, masukkan gula secara sedikit sedikit selama 45 saat. 

Masukkan 1/3 adunan telur putih ke dalam adunan hijau. Dengan menggunakan spatula, fold kaup balik dari tepi acuan dibalikkan ke bahagian tengah sehingga rata, masukkan adunan telur putih selebihnya.

Hentakkan beberapa kali mangkuk bagi mengeluarkan bubble. Tuangkan ke dalam acuan secara perlahan lahan hanya dari satu arah sahaja. Selepas itu, dengan menggunakan chopstik, cucuk sehingga ke abahagian dasar acuan, buat beberapa pusingan bagi mengeluarkan bubble yang yerperangkap di bawah atau tepi acuan.

Akhir sekali ratakan permukaan adunan dengan menggunakan spatula bagi mengelakkan rekahan sepanjang chopstik tadi. 

Panaskan oven 170 darjah dan letakkan acuan di level paling rendah dalam oven. Check kek setiap 10 minit. Selepas 20 ke 25 minit, adunan mula naik dan mula merekah, mula rendahkan suhu oven dengan menukar pada non fan mode untuk mengurangkan api atas. mesti lebih panas di bahagian bawah dari bahagian atas.

Apabila kek masak, biarkan di dalam oven sekejap sebelum dikeluar dan terbalikkan acuan sehingga betul betul sejuk. Ada yang meletakkan tuala lembab di atas acuan bagi mempercepatkan kek sejuk.  Biatkan selama 1 hingga 3 jam.  

Dengan menggunakan pisau tajam dan menggunakan satu arah, lalukan dengan menekan pisau ke tepi acuan bagi mengelakkan permukaan kek yang tidak cantik.  Boleh juga masukkan kek ke dalam peti sejuk selepas ianya sejuk bagi mengekalkan kestabilan kek dan bentuknya.  

telur putih diasingkan

telur merah

pukul telur merah, masukkan pula santan, gula, jus, minyak dsb

kacau rata dan ketepikan

telur putih dipukul dalam bekas kering dan bersih

masukkan cream of tartar

Pukul lagi dalam 45 saat

Masukkan pula gula kaster


sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim

tengok, terbalik pun tak jatuh menitik punya

masuk 1/3 adunan telur putih dan kacau secara kaedah kaup balik

masukkan baki adunan telur putih

kaup balik sehingga rata

hentakkan beberapa kali untuk mengeluarkan bubble

tuang dari satu arah sahaja

lalukan chopstik beberapa kali

selepas masak, terbalikkan tin sehingga sejuk. aduish tag harga belum dibuka

banyaknya retak ... aduish fail

bila betul betul sejuk, lalukan pisau tajam sekeliling tin

huhuhu tak berapa menjadi lah ... tapi rasanya sedap, baunya semerbak



Wednesday, 23 November 2011

Traditional Vanilla Cupcake





Cupcake ini dibuat oleh my daughter, Juita malam tadi. Saya pun tak sedar yang dia ada buat kuih sebab malam tadi, saya tidur awal agaknya. Kepenatan selepas menghadiri seminar selama dua hari.
Jom kita tengok resepi yang dia gunakan diambil dari Nigella.com .... jom layannn

Vanilla Cupcake

Bahan bahannya

1 cup unsalted softened butter
2 cups sugar
4 large eggs at room temperature
1 1/2 cups self-raising flour
1 1/4 cups all purpose flour
1 cup milk
1 tsp vanilla extract
Makes 1 three layer 9-inch cake or 24 cupcakes.


METHOD Serves: 24 cupcakes
Pre-heat oven to 350F. Grease and lightly flour three 9 x 2 inch round cake pans or line a muffin tray with paper cases.
Cream the butter and sugar together until smooth. Add the eggs gradually one at a time, beating well after each one.

Combine the flours and add in four parts, alternating with the milk and the vanilla extract, beating well after each addition.
Divide the batter between the cake pans or paper cases if making cupcakes.

Bake for 20-25 mins or until a skewer comes out clean.
Let the cakes cool for 10 mins then turn out on wire racks. When the cakes have cooled ice between the layers then ice the top and sides of the cake.