Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

18 Dis 2011

Roti Bun Manis






Dari semalam ingin nak buat roti bun manis sebab teruja melihat roti roti bun yang nampak sungguh lembut. Saya memang penggemar roti yang masa kecik kecik dulu dicicah dengan air teh, kopi atau teh susu. Sampai sekarang pun terbawa bawa lagi. Memang tak reti lah sapu kaya dan jem ni.

Saya ambik resepi ini dari Myresepi dan tengokkan feedback, ramai yang buat dah menjadi. Tak sabar untuk mencuba sendiri. Roti ni saya makan petang tadi, baru teringat yang kami anak beranak tak makan nasi sejak hari sabtu.  huhuhu ini semua sebab hubby tak ada. Kenyang dengan makan roti jer ... Apa apa pun roti ni sangat sedap dimakan semasa panas panas ...

Roti Bun Manis

Bahan-bahan ( 10 bijin bun )

150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum (guna semua tpg gandum, masuk 1 tsp baking powder)
140 ml susu segar ( kalau takde boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver ( tak guna pun)

Cara-cara

Masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.

masukkan yis dalam susu yang suam suam kuku

tuang dalam tepung yang dicampur dg semua bahan lain

uli dan biarkan selama 1 jam

tumbuk doh untuk mengeluarkan angin

bahagi kpd 10 adunan


siap dibakar selama 20 minit

sedap dimakan semasa panas

haaa boleh disapu jem atau kaya ...

2 ulasan:

  1. boleh tak print gambar ni? kalau boleh, tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimi, boleh jer print untuk kegunaan sendiri, asal bukan utk dipublish di mana mana

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.