Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 1 December 2011

Kuih Bom Ubi Keledek





Kalau kuih bom  yang biasa kita jumpai dibuat menggunakan tepung pulut jadi kuihnya agak kenyal.  Tapi resepi yang saya temui ini adalah berasaskan keledek dan gandum sahaja. Jadi kuihnya lebih lembut, terasa seperti cucur badak sahaja dohnya. 

Saya buat kuih ini untuk menghabiskan ubi keledek yang masih bersisa.


Kuih Bom Keledek
sumber : anymz mykichen

Bahan2

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng

Bahan Inti

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

Cara cara utk inti:
Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak hingga kering. Ketepikan.



Cara cara:
1.Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.  Rebus dengan air dan garam hingga lembut.  Kemudian toskan.
2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti. Inti dibulat bulat dan genggam dg kuat supaya padat.
4.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
5.Goreng dengan api sederhana hinggawarna bijan menjadi kuning keemasan.
6.Angkat dan hidangkan

masak kelapa parut, air dan gula merah

masak hingga kering dan ketepikan

Ubi keledek direbus

Inti yang sudah disejukkan digenggam bulat bulat

Doh dibulat bulat dan dileperkan

Masukkan inti yang dikepal bulat bulat


Gaul dengan bijan

menunggu untuk digoreng

goreng dengan api sederhana

siap dihidangkan

selamat mencuba


enjoy ...



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.