Iklan Nuffnang

Revenuehits html

27 Dec 2011

Ikan Kembung Percik Merah






Ikan Percik Merah adalah antara lauk yang cukup disukai oleh kami sejak dari kecil. Saya belajar memasak sendiri ikan percik dari sekolah rendah lagi. Masa itu, semua terpaksa dibuat dengan menumbuk cili kering yang direndam sehingga lumat. Itulah bab yang paling saya tak suka. Kalau mahu cepat lumat, masukkan sedikit garam kasar. Kata kakak saya, zaman dulu, sambal percik yang ditumbuk terus dilumur pada ikan sambil dibakar dengan tak perlu dimasakkan terlebih dahulu pun.

Haaa yang ini pula Ikan Percik Merah yang dimasak untuk lauk makan tengahari kami hari ini yang dimasak oleh kakak saya, Cik gu Asiah. Bila dah lama tak makan ikan percik Kelantan ni, memang sangat sangat lah terasa sedapnya.

Jom layan gambar gambar dan resepinya. Jom...






Ikan Kembung Percik Merah

Bahan bahan
Ikan kembung
6 cili kering
6 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 asam keping

1/2 sudu teh gula
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Ikan disapu garam dan kunyit dan dicucuk dengan lidi sebelum dibakar atas dapur arang.

Blend cili kering, bawang merah, kunyit hidup dan halia. bersama santan.  Masak  hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.   

Kuah percik dilumur pada ikan yang dibakar.  Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat pada ikan.


masak bahan kisar

ikan dilumur dengan garam dan kunyit

bakar atas dapur arang

lumur kuah percik berulang ulang

terbalikkan dan lumur kuah lagi

siap dan boleh dihidangkan panas panas

2 comments:

  1. Salam kak azie...kenapa kena cucuk dgn lidi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu ikan dibakar menggunakan buluh panjang yang dibelah 2 dipanggil perangan. Jadi kalau tak dicucuk dg lidi, dikuatiri ikan akan patah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.