Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 31 December 2011

Ikan Bilis Goreng Dengan Petai




Anak saya Juita memang gemar sekali memakan petai.  Jadi bila saya beritahu nak memasak udang tengahari nanti, dia mencadangkan sambal tumis udang dengan petai tetapi saya dah bercadang untuk memasak gulai udang, jadi saya tukar kepada ikan bilis goreng dengan petai, yang kering dan sesuai digandingkan dengan gulai udang.

Jom tengok resepinya di bawah ...

Ikan Bilis Goreng dengan Petai

Bahan bahan
Ikan bilis
Petai dihiris nipis
10 biji Cili padi hijau
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
1/2 asam keping
Garam dan gula

Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan.  Petai dihiris nipis bersama sama kulit, digoreng garing dan diketepikan.  

Tumbuk cili padi, bawang dan belacan.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.  Masukkan asam keping, garam dan gula.  

Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng tadi.  Kacau rata dan tutup api.

goreng petai hingga garing

goreng ikan bilis hingga garing

tumis bahan tumbuk

masukkan kesemuanya setelah bahan tumis garing

kacau rata

enjoy

4 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.