Iklan Nuffnang

Revenuehits html

27 Dec 2011

Ayam Percik Putih Kelantan






Ayam percik merupakan lauk kegemaran saya. Lauk yang sangat istimewa dan sinonim dengan negeri Che Siti Wan Kembang. Lauk ayam percik juga menjadi lauk kegemaran anak anak saya terutama Nana. Telah lama saya tak menyediakan ayam percik. Ayam percik yang dijual di pasar malam atau di bazar Ramadhan adalah ayam percik moden yang tidak ada rasa seperti ayam percik Kelantan langsung.

Kalau dulu dulu, ayam percik hanya disediakan di majlis majlis kenduri kahwin tapi kini agak sukar untuk menemui ayam percik di majlis kenduri kahwin. Kalau ada pun dihidangkan, hanya sebagai lauk hidangan di meja pengantin sahaja. Ini adalah kerana penyediaan ayam percik yang remeh dan memerlukan tenaga yang ramai. Lagi pulak, jika tidak dibuat dengan betul, ianya mudah menjadi basi.







Beberapa tahun lepas, saya ada cuba memasak ayam percik putih atas permintaan Nana di bulan puasa tapi tak berapa menjadi. Sejak itu saya tak lagi cuba memasaknya. Semasa balik bercuti di kampung berdua dengan Aween, kakak saya Cikgu Asiah telah menyediakan Ayam Percik sebagai lauk untuk hidangan makan tengahari kami sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur sebelah malamnya.  Jadi saya pun ambil kesempatan untuk belajar langkah demi langkah untuk dikongsi di dalam blog Azie Kitchen. Inilah rupa ayam percik Kelantan yang asli, tidak berkuah seperti yang banyak dijual sekarang ini. Sebaliknya kuah percik akan pekat dan melekat lekat pada ayam.

Jom layan resepinya yagn sangat mudah tetapi sangat sedap terutama bagi anak perantau seperti saya....




Ayam Percik Putih Kelantan

Bahan bahan
1 ekor ayam - potong 4, buang kulit & dikelar
1/2 keping asam keping
Garam
Gula
1 batang serai - ketuk

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 cawan santan pekat

Bahan perap:
Bawang merah
Halia
Garam

Cara cara:
Kisar beberapa biji bawang merah dan beberapa hiris halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. 

Susun ayam dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang. Nota: Ayam boleh juga dikukus sehingga sehingga masak. Atau boleh juga dicelur seketika.
 
Kisar pula bahan kisar iaitu bawang merah dan halia bersama santan. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan bersama serai yang diketuk sehingga pekat. Nota: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah. Ini adalah opsyenal. Kalau santan telah pekat, tak perlulah masukkan tepung.

Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa.

Kuah percik dilumur rata rata pada ayam yang sedang dibakar.  Terbalikkan ayam dan bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga kuah percik melekat di ayam.


bahan bahan diperlukan

blend dengan santan

perap ayam dengan garam, bawang merah dan halia

masak bahan kisar bersama serai,asam keping, garam dan gula

ayam dibakar atas dapur arang

lumur dengan kuah percik dan dibakar lagi


ulang lumur dan bakar hingga kuah habis




19 comments:

  1. kalo masak guna pemanggang ajaib leh jugak ke?? xde arang la ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga. Guna dapur gas pun boleh

      Delete
  2. Nampak sedap wlupn pelik tgk percik warna putih coz xpernah tgk,rsa dia lg ler xtau...nak cubala,
    Thanks coz share with us!

    ReplyDelete
  3. sedapnya..ade gak ek masakan ayam percik wana putih hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya... makan dgn nasik kerabu pun bes ni😁

    ReplyDelete
  5. ad org ckp . yg warna putih ni la yg asli nye mskn org kelantan . yg kuah merah tu sb org luar prefer pedas kot .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnye...original kelate kuah putih

      Delete
  6. Waaww... terlihat lezat sekali yah masakannya,.. terima kasih sudah berbagi resepnya!
    Salam myTaste Indonesia

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali makan kuah putih dulu.. terkenang smpai hr ni.. tp susah nk jumpa yg kuah putih.. boleh try buat menu berbuka hr ni..

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan ni. Sedapnya tengok gambar tuh

    ReplyDelete
  9. Sungguh sedap. tadi dah try buat utk dinner. simple resepi tapi best. ;-)

    www.hayativitamin.com

    ReplyDelete
  10. Kak azi,biasanyA ayam percik ni dihidangkan dgn lauk apa lg..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan lauk apa pun sedap. Gulai lemak atau buat jer acar mentah.

      Delete
  11. Saya suka tengok resipi puan Azie..sebab senang resipinya..apa-apa masakan mesti saya rujuk sini..hehehe..trima kasih puan azie..

    http://zatytiey.blogspot.com/2014/11/ramuan-cantik-semulajadi-tips-kecantikan.html

    ReplyDelete
  12. kak azie.. bile nak guna serai ye sebab dalam gambar ade tapi dalam penjelasan tidak dinyatakan.. mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dalam gambar. Masak bahan kisar dengan serai, asam keping garam dan gula.

      Delete
  13. Maksud nya serai tak blend sekali dengan bawang? Ketuk ya?

    ReplyDelete
  14. Terima kasih resipi ni..ptg ni nak try buat utk berbuka puasa.. hihihi...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih. Selalu juga rujuk response di blog Kakazie ni.:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.