Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 30 December 2011

Ayam Goreng Garam Kunyit



Ini lah resepi ayam goreng yang saya masak sejak kecil.  Ayam dipotong potong kecil, taburkan garam dan kunyit dan dimasak dengan sedikit air dahulu sebelum digoreng.  Bila berkahwin baru saya tengok cara ayam digoreng seketul besar besar.  Mungkin sebab kami bukan orang senang, jadi setiap orang tak dapat menikmati lauk ayam dengan begitu mewah.  Ayam yang dibuat lauk adalah ayam yang dibela oleh arwah my father, hanya merasa makan ayam daging setelah abang dah dewasa.  Ingat lagi, masa tu seronok kalau dapat ikut abang ke kedai jabatan pertanian untuk membeli ayam daging.  Barulah dapat merasa sedapnya ayam daging berbanding dengan ayam kampung yang menjadi lauk kami selama ini.  Balik rumah jer, boleh terus dipotong.  hmm kalau tak, kena rebus air, celur ayam dan cabut bulu bulu ayam sebelum dipotong dan tarik keluar isi perut ayam.  Pendek kata tak semudah sekarang lah sebelum dapat makan ayam.

Hari ini my daughter Nellisa bertanya kenapa saiz ayam goreng kecil sangat kerananya dia tak biasa melihat ayam goreng yang dimasak semasa saya kecil di kampung dulu.  OK lah jom kita tengok gambar gambar ...

Ayam Goreng Garam Kunyit
Ayam  dipotong kecil
Garam
Kunyit
Bawang besar hiris
Cili merah hiris
Minyak untuk menggoreng

Ayam diperap dengan garam kunyit.  Goreng ayam hingga agak garing, dimasukkan bawang besar dan cili hiris.  Goreng lagi hingga layu dan bolehlah dihidangkan.


bahan diperlukan

goreng ayam hingga garing

masukkan bawang dan cili hiris

enjoy

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.