Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

8 Nov 2011

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis




Hari ini saya masih tidak sihat dan bercuti sakit di rumah. Memikirkan dalam peti sejuk, masih terdapat daging korban, saya bercadang untuk memasak Daging Masak Hitam Manis selepas terbaca rakan fb saya Sharifah Zalina yang memasak Daging Masak Hitam hari ini. Tetapi bila dikeluarkan dari peti sejuk untuk direbus dalam pressure cooker, baru saya sedar yang ianya adalah tulang rusuk, bukan daging. Tapi tak apalah sedap juga tulang rusuk dimasak begini sebab banyak daging di tulang ini.

Lauk ini memang sedap dan patut dicuba. Lebih lebih lagi spare ribs nya mempunyai sedikit lemak.  Hahaha boleh kalahlah spare ribs kat Victoria Station tu. Nak tahu macam mana rasanya? Cuba dan rasakanlah sendiri. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...


Tulang Rusuk Masak Hitam Manis   


Bahan-Bahan:

Bahan A: 
500 gram daging/tulang rusuk
2 sudu makan kicap pekat 
1 sudu makan gula 
garam & perasa secukupnya 
sedikit lada hitam - ditumbuk 


Bahan B: 
2 sudu cili giling 
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
halia (sebesar ibu jari)- ditumbuk 
3 biji bawang merah - ditumbuk 
2 biji bawang putih - ditumbuk 
sedikit air asam jawa


Cara:
Bahan A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam. Kalau mempunyai pressure cooker, boleh direbus dalam pressure cooker daging yang diperap.

Tumiskan bahan tumbuk/blend sehingga garing, masukkan cili giling dan goreng sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa dan daging yg telah diperap. Masak sehingga daging empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). Setelah daging empuk, masukkan bawang besar & cili dihiris.

Masukkan serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan. Boleh juga dimakan bersama nasi putih panas panas atau dengan roti.







2 ulasan:

  1. Terima kasih atas resepi yg diberi. Saya akan mencuba variasinya utk mkn tghari hari ini.

    BalasPadam
  2. thank you pn azie fr the awesome recipe, I had try other few items ...alhamdulilah menjadi

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.