Iklan Nuffnang

20 Nov 2011

Tepung Boko Ubi Kayu






Saya pun tak pernah mendengar nama kuih ini walaupun biasa membelinya di Pekan Jelawat setiap kali balik ke kampung. ini adalah kerana setiap kali balik, banyak sangat kuih yang nak dimakan, banyak sangat yang nak dibeli. Pendek kata semua berkenan di hati. 

Saya tertarik dan melekat dengan nama kuih boko semasa pergi  beraya rumah terbuka Tok Pa di mana beliau mempelawa kita makan dengan mengatakan ada kuih boko yang sedap dari Kelantan. Dari situ lah, kuih ni melekat kat fikiran saya kerana kuih yang saya makan hari tu, memang sedap sekali. Yang dihidangkan rumah Tok Pa tu, adalah tepung boko beras. Yang saya buat semalam, adalah tepung boko ubi kayu.

Kalau di sini, kuih seumpama ini dipanggil kuih talam. Sama dengan tepung boko, cuma tepung boko, kuih Kelantan ini dibuat lebih lembik dan dimakan secara di scoop ke dalam mangkuk dan dituang "kepala santan" sebelum dimakan. Kalau kuih talam, ianya dipotong cantik cantik sebelum dihidangkan. Boko tu, maknanya talam juga lah dalam bahasa negeri kelahiran ku ...

Jom kita tengok resepinya yang saya copy dari blog yang diambil dari Kak Jie Jie. Jom layannn... jom jom


Tepung Boko Ubi Kayu
Sumber : Kak Jie Jie

Bahan bahan
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dalam 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.

Sos Santan 
Bahan bahan
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam 
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak. Rasakan garam nya.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.


sejat ubi yang diparut


buang air dan ambil sagu liat


masukkan gula


air daun pandan


siap untuk dikukus


hmm sedang dikukus


siap untuk dipotong dan dihidangkan



masak kepala santan
  

jemput makan ...


7 comments:

  1. sedap ni kuih ni suka sesangat

    ReplyDelete
  2. Salam dari Amsterdam Cik Azie. Terjumpa resepi dari blog Cik Azie, terus saya buat hari ni. Sedap sungguh, terkenang kampung halaman. Terima kasih kerasa share resepi ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya belum pernah lagi smp ke Armsterdam. Best nyer

      Delete
    2. Kalau datang berholiday ke sini, sila lah contact. Seronok bila jumpa orang Malaysia kat sini. Saya tak ada blog, cuma post kat facebook.

      https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154167653414613&set=a.10150128809069613.284113.584554612&type=3&theater

      Delete
    3. Insya Allah, bro. You bekerja dan menetap di sana ke.

      Delete
  3. Ya. Saya bekerja dan menetap di Amsterdam

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.