Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Nov 2011

Super Simple Cup Cake Nigella Lawson





Hati terbuka untuk mencuba kek cawan setelah Kamal, rakan sepejabat mencadangkan supaya saya membuat bisness kek jika saya mahu bersara awal. Cadangan beliau telah membuatkan saya terfikir kenapa tidak saya cuba buat kek cawan, kerana saya tidak pernah mencubanya sebelum ini.

Seperti biasa, saya mula mencari resepi kek cawan yang mudah dan terjumpa resepi kek Maya Kirana dan sangat tertarik dengan tulisan beliau yang simple.  Saya terus menyalin resepinya ke dalam i pad dan akan membuat nya pada hujung minggu.  Namun asyik tertangguh tangguh sehingga saya balik dari  pejabat hari ini, terkejut melihat Juita sedang membakar kek cawan di dalam oven menggunakan resepi Nigella.  Rasanya memang sedap dan moist.  Jom layan resepi adalah seperti berikut:

Nigella Lawson’s Cup Cake Recipe
source: MayaKirana 

125 gm butter
125 gm gula
125 gm plain flour (mixed with 1/2 tsp baking powder and 1/2 tsp bicarbonate soda)
2 telur
1 tsp esen vanilla
2 tbsp milk (I use powdered milk mixed with some water)
12 cup cake casings
Optional – raisins, choc chips

Mula mula lembutkan butter dengan meletakkan pada suhu bilik akan memudahkan kerja memukul butter dan gula. 

Pukul sehingga adunan menjadi kembang dan berwarna pale yellow.  Masukkan telur satu persatu.  Kacau rata dan masukkan esen vanilla.  Masukkan separuh dari tepung gandum dan masukkan sedikit susu.  Selepas itu, masukkan kesemua baki tepung dan susu lagi.  Kacau dengan medium speed jika menggunakan mixer hingga sebati. 
  
Boleh masukkan kismis atau chocolate chips jika suka atau dibiarkan kosong.  (Boleh juga diletakkan ising pada kek tersebut.).  Isikan adunan ke dalam acuan kek cawan pada 3/4. Adunan ini cukup untuk 12 kek cawan.

Panaskan oven dalam 20 minit semasa mula menyediakan adunan kek.  Bakar di dalam oven pada 160 degree dalam 15 hingga 20 minit. Siappp... 

Untuk Ising:
100 gram mentega
200 gram gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice untuk ditabur

Cara cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan esen dan air panas.  Pukul lagi hingga putih dan berkrim. Sapukan ising pada kek yang telah disejukkan.  Kemudian tabur manik.








No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.