Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

30 Nov 2011

Sambal Tumis Sotong dan Petai


 


Semasa pergi ke Pekan Jelawat, ternampak sotong yang besar dan segar bugar. Saya membeli sekilo dengan harga rm14 dan membeli juga seikat petai yang besar besar dengan harga rm3 kerana Juita memang suka memakan petai samada direbus, dimasuk dalam gulai lemak ataupun dibuat sambal tumis bersama sotong atau udang.

Jom kita tengok gambar gambar sotong dan petai yang saya masak di rumah kakak saya di Kelantan. Jom layan ...

Sambal Tumis Sotong dan Petai

Bahan bahan
Sotong dipotong ikut suka
10 cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Petai secukupnya
sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa

Blend semua bahan di atas. Panaskan kuali, tumis bahan blend sehingga betul betul masak. Masukkan sedikit gula bagi menjadikan sambal berwarna merah cantik. Masukkan petai dan selepas itu baru masukkan sotong yang telah dibasuh dan ditos air nya.

Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kalau mahu letak bawang besar yang dihiris pun boleh juga dimasukkan waktu ini. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.

taaraaa .. siap untuk dihidangkan.


sotong bersih dan ditos

petai dibelah dua

tumis bahan blend

masukkan cili mesin

bila garing masukkan petai dan gula

masukkan sotong

letakkan garam dan air asam jawa

siaappp ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads