Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

13 Nov 2011

Puding Kasih Bertaut






Aduish sungguh teruja melihat betapa cantiknya Puding Kasih Bertaut dalam blog Mat Gebu. Dari situ, masuk pulak ke blog masakan lain, pun ada juga puding kasih bertaut.  Tak sabar ingin mencubanya. Sewaktu saya singgah di City Bakers Kota Damansara, saya terjumpa bekas acuan jeli yang comel comel yang sesuai untuk dijadikan acuan puding yg kecil kecil comey tu. Ye la, kalau dipotong potong dadu pun cantik juga. Tapi lebih cantik jika ianya menggunakan acuan yang comey comey ni. 

Pagi pagi lagi saya dah masuk ke dapur sementara menunggu budak Bangla datang membersihkan taman Nur Qaseh.  Sekejap saja dah siap membuatnya.  Sangat mudah dan cepat disediakan.  Teruja melihat agar agar dalam bekas yang comel comel tu.  Rasa macam nak jer terus ngaap, hmm tapi nanti tak cukup pulak sebab saya hanya membuat separuh jer dari paket serbuk agar agar.

Cubalah, puding ni rasanya sedap sekali.  Memang cantik untuk dibuat hantaran perkahwinan pun sesuai sekali.  Apa apa pun, jom kita layan resepi dan gambar gambarnya. Jom layannn ...

Puding Kasih Bertaut 
sumber: Yatie


Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau + pewarna oren


Cara Bahan A:-
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.


Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih dengan api perlahan.

Setelah mendidih, tutup api.Bahagi larutan agar-agar kepada 2 atau 3  bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian dan perisa oren pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan masukkan dalam acuan yang comel comel dan biarkan ia mengeras. Kalau tak ada acuan, boleh juga dipotong menjadi kiub kiub kecil.  Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.

Setelah keras, masukkan kesemua puding yang terbentuk comel tu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara Bahan B:-
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.


Cara Menyediakan Puding:-
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais



Masak bahan A

Acuan yang baru dikeluarkan dari peti sejuk

Comey kan

Masakkan bahan B

Susun dalam acuan besar

Tuang bahan B

Tunggu disejukkan

dah siap ..

enjoy ...

Dipotong dan hidang sejuk sejuk

Ya ampuuun, sedapnya ...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.