Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pandan Chiffon Cake


Pandan Chiffon Cake


Saya tiba tiba menjadi sangat teruja untuk cuba membuat chiffon cake selepas membaca update facebook my friend walhal saya bukan penggemar kek chiffon. Keinginan ingin mencuba tersangat sangat sehingga rasa tidak sabar untuk membeli acuan kek dan lain lain bahan yang diperlukan.

Saya terus membuka ipad dan terus membaca berkenaan kek chiffon dan mencari resepi yang ingin dicuba. Banyak sekali resepi kek chiffon tapi saya amat tertarik dengan tulisan dalam blog pickyin. Kriteria kek chiffon yang sempurna mestilah rasa sedap, bau yang wangi dan rupanya yang cantik. 

Saya harus mengaku yang percubaan pertama saya adalah gagal untuk menepati kriteria bagi mendapatkan kek yang sempurna walaupun rasanya boleh lah tahan sedap dan baunya juga semerbak wangi. Yang pasti, rupanya memang out langsung. 

Apa apapun, saya perlu mencuba lagi kerana ada orang membuat percubaan sebanyak berbelas kali sebelum mampu menghasilkan kek yang nearly perfect. Teknik penyediaan yang menyebabkan kek saya tidak cantik. hahaha walaupun gitu, setengah biji habis masa dalam proses memotong dan mengambil gambar sahaja.

Jom lah kita tengok resepinya...




Pandan Chiffon Cake

Pandan Chiffon Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
4 telur kuning
50 gm gula kaster
50 ml corn oil
100 ml santan
100 gm tepung kek
1 sudu kecil baking powder
 sudu kecil garam
1 sudu besar jus pandan
1 sudu kecil vanilla essen
½ sudu kecil esen pandan
¼ sudu kecil pewarna hijau

Bahan B
5 telur putih
50 gm gula kaster
½ sudu besar cream of tartar

23 inches cake tin

perfect kek chiffon adalah kek yang rasa sedap, berbau wangi dan kelihatan cantik. 

Cara cara
Potong daun pandan yang telah dibersihkan dan tumbuk atau blend dengan memasukkan 1 sudu besar air dan perah utk mendapatkan jus pandan.

Masukkan telur kuning dan gula kaster, pukul selama 5 minit dengan kelajuan level 6. masukkan corn oil, santan, jus pandan, pandan paste dan sedikit pewarna hijau. pukul lagi hingga sebati. 

Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam adunan tadi dan pukul dengan kelajuan level 4. masukkan dalam bekas lain dan ketepikan.

Bersih dan keringkan mangkuk untuk pukul telur putih. pastikan telur berada dalam suhu bilik, segar. Putar 5 biji telur putih selama 1 minit dengan kelajuan level 4. Apabila telah kembang, masukkan krim of tartar dan pukul lagi selama 45 saat dengan kelajuan level 8. lepas itu, masukkan gula secara sedikit sedikit selama 45 saat. 

Masukkan 1/3 adunan telur putih ke dalam adunan hijau. Dengan menggunakan spatula, fold kaup balik dari tepi acuan dibalikkan ke bahagian tengah sehingga rata, masukkan adunan telur putih selebihnya.

Hentakkan beberapa kali mangkuk bagi mengeluarkan bubble. Tuangkan ke dalam acuan secara perlahan lahan hanya dari satu arah sahaja. Selepas itu, dengan menggunakan chopstik, cucuk sehingga ke abahagian dasar acuan, buat beberapa pusingan bagi mengeluarkan bubble yang yerperangkap di bawah atau tepi acuan.

Akhir sekali ratakan permukaan adunan dengan menggunakan spatula bagi mengelakkan rekahan sepanjang chopstik tadi. 

Panaskan oven 170 darjah dan letakkan acuan di level paling rendah dalam oven. Check kek setiap 10 minit. Selepas 20 ke 25 minit, adunan mula naik dan mula merekah, mula rendahkan suhu oven dengan menukar pada non fan mode untuk mengurangkan api atas. mesti lebih panas di bahagian bawah dari bahagian atas.

Apabila kek masak, biarkan di dalam oven sekejap sebelum dikeluar dan terbalikkan acuan sehingga betul betul sejuk. Ada yang meletakkan tuala lembab di atas acuan bagi mempercepatkan kek sejuk.  Biatkan selama 1 hingga 3 jam.  

Dengan menggunakan pisau tajam dan menggunakan satu arah, lalukan dengan menekan pisau ke tepi acuan bagi mengelakkan permukaan kek yang tidak cantik.  Boleh juga masukkan kek ke dalam peti sejuk selepas ianya sejuk bagi mengekalkan kestabilan kek dan bentuknya.  



telur putih diasingkan

telur merah

pukul telur merah, masukkan pula santan, gula, jus, minyak dsb

kacau rata dan ketepikan

telur putih dipukul dalam bekas kering dan bersih

masukkan cream of tartar

Pukul lagi dalam 45 saat

Masukkan pula gula kaster


sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim

tengok, terbalik pun tak jatuh menitik punya

masuk 1/3 adunan telur putih dan kacau secara kaedah kaup balik

masukkan baki adunan telur putih

kaup balik sehingga rata

hentakkan beberapa kali untuk mengeluarkan bubble

tuang dari satu arah sahaja

lalukan chopstik beberapa kali

selepas masak, terbalikkan tin sehingga sejuk. aduish tag harga belum dibuka


bila betul betul sejuk, lalukan pisau tajam sekeliling tin

huhuhu tak berapa menjadi lah ... tapi rasanya sedap, baunya semerbak



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Pandan Chiffon Cake"

  1. kalau guna tepung naik sendiri boleh ?

    BalasPadam
  2. salam...kalau ganti minyak dengan mentega boleh x?

    BalasPadam
  3. klu xde santan blh ganti gan susu cair x

    BalasPadam
  4. Salam... kalau xde minyak jagung bole gntikan dgn minyak masak x?

    BalasPadam
  5. Cream of tartar tu susah nak cari yg halal...

    BalasPadam
  6. Klau x dek cream of tartar...blh ganti dgn bahan lain x...

    BalasPadam