Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 30 November 2011

Masak Asam Pedas Ikan Belanak







Musim musim banjir, memang banyak ikan belanak yang dijala di laut dan muara muara sungai di sekitar pantai Bachok. Saya sebenarnya dah lama tak makan ikan belanak kerana sebab sebab tertentu. Namun hari ini, semasa berada di rumah kakak, penjual ikan masuk ke laman rumah membawa ikan belanak yang segar segar. Jadi kakak telah membeli ikan belanak untuk dimasak asam pedas stail Kelantan.

Masak asam pedas yang tidak ditumis ini sedap juga dibuat menggunakan ikan duri atau ikan yang agak berlemak. untuk sedikit kelainan, bolehlah kita mencuba masakan ini. Jom kita tengok resepinya di bawah, jom layannnn ....


Masak Asam Pedas Ikan Belanak

Bahan bahan
7 cili kering
5 bawang merah
1 ulas bawang putih
5 asam keping
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa
sedikit daun kesum

Cara cara
Blend semua sekali kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan dalam periuk dan masukkan air se cukupnya. Rebus sehingga menggelegak, baru dimasukkan ikan.

Masukkan garam dan daun kesum. Sesuaikan rasa. Boleh dimakan dengan nasi putih panas panas.

bahan bahan diperlukan, blend kecuali asam keping

ini lah dia ikan belanak

yang telah disiang dan dibersihkan

masak atas dapur  bahan kisar dan asam keping


masukkan ikan bila kuah menggelegak

biarkan seketika

masukkkan daun kesum, garam dan perasa



5 comments:

  1. Mesti sdap.. Nak test jgk masak asam pedas kelantan..asam pedas johor dah slalu makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak Asam pedas yang lebih simple. Tak perlu ditumis

      Delete
  2. dah try, sodap n sonang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini resepi masakan Kelantan yang memang simple

      Delete
  3. ni biasanya kat melaka... kami panggil ikan masak asam rebus

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.