Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

7 Nov 2011

Kek Marble Trio Lagi dan Lagi






Saya tidak ke mana mana hari ini, hari raya kedua Aidil Adha, jadi pagi pagi lagi saya sudah masuk ke dapur untuk memasak daging korban memandangkan Aween kata daging goreng tu sedap tapi dia tak sempat makan banyak. Sarapan saya hari ni umpama nasi berlauk kerana saya makan nasi putih dengan lauk daging kerutuk dan daging goreng garam kunyit. Memang sedap, terasa seolah saya berada di kampung kerana itu lah menu menu yang biasa dinikmati  di pagi pagi pada musim raya seperti ini.





Tengahari saya mula memasak sup tulang kaki lembu yang abang saya bawa dari Kelantan. Di samping itu, saya merebus ubi keledek baki yang dibawa dari Kelantan. Saya ingin membuat keria untuk dibuat frozen. Jadi bila bila nak makan, kuih dah tersedia, cuma tinggal disira dengan air gula jer lagi. Saya menjemput beberapa orang jiran untuk datang menikmati sup gear box dicicah dengan roti gardenia dan juga kuih keria.





 
Bila malam, saya masuk dapur sekali lagi untuk memasak Kek Marble Trio lagi kerana kek yang dibuat sebelum ini dah pun habis. Mungkin boleh dibawa sedikit ke pejabat ke, gitu lah rancangannya. Kali ini saya cuba untuk membuat corak marble yang lain dari yang saya buat sebelum ini yang berselang seli. Kali ini, saya hanya membuat corak marble secara bertompok tompok dan dilorek dengan chopstick. Resepinya boleh dirujuk di SINI dan SINI untuk entri sebelum ini. Memang sangat sedap dan tak jemu jemu saya menikmati keenakan kek ini yang sangat gebu dan lembab.

Jom kita layan gambar gambar dan aktiviti kami hari ini...

 

Kuih keria untuk dibuat frozen 

Betik yg dipetik dari pokok belakang rumah kami

Haa ini baru betul betul gear box

Hidang utk dicicah dengan roti gardenia


Menjemput jiran datang beraya


Kek Marble Trio



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.