Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

11 Nov 2011

Jemput jemput Pisang Sedap

 






Jemput jemput pisang juga dikenali sebagai cekodok pisang adalah makanan hidangan petang yang menjadi kegemaran masyarakat kita. Walaupun begitu, jarang saya membuatnya kerana selalu tidak mempunyai bekalan pisang. Hanya baru baru ini saya terbaca tips untuk menyimpan pisang bagi kegunaan masa masa depan.  Jadi pisang boleh disimpan lama dan sentiasa ada untuk dibuat kek atau kuih muih lain yang menggunakan pisang sebagai bahan utamanya. 

Petua untuk menjadikan jemput jemput pisang lebih sedap adalah dengan mengisar pisang lenyek dengan gula terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan lain.  Lepas itu ditutup dan dibiarkan dahulu beberapa minit sebelum digoreng. Lagi lama lagi sedap.

Jomlah kita tengok resepi yang saya gunakan dan gambar gambarnya.  Memang best dimakan panas panas, dengan kopi O Tenom ke?  Bukan apa, ada orang berjanji nak bawa balik kopi tenom.  Itu yang teringat kopi tenom tu. Jom layannnn ...  


Jemput Pisang Sedap

Bahan - bahan:
12 biji pisang emas
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1  sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
1 biji telur (jika suka)

Cara Memasak:
Pisang dilenyek sehingga halus kemudian kisar dengan gula hingga sebati. Lepas itu masukkan kesemua bahan di atas kecuali minyak.

Perapkan selama 20 minit kemudian panaskan minyak utk menggoreng.  Jika suka boleh masukkan daun pandan dalam minyak sehingga garing dan dikeluarkan sebelum menggoreng. 

Bentukkan bulat2 menggunakan sudu (sudu perlu dipanaskan dalam minyak dulu) dan goreng terendam dengan api sederhana sehingga menjadi perang Sedia untuk dihidangkan ...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.