Iklan Nuffnang

Adsense HTML

6 Nov 2011

Daging Goreng Garam Kunyit




Ini adalah satu lagi masakan yang wajib dimasak setiap kali kami membuat qorban.  Sementara daging dipotong dan dibahagikan, kakak saya akan menggoreng daging terlebih dahulu.  Jadi selepas saja selesai pembahagian daging, kami semua akan makan nasi putih bersama daging goreng yang simple tetapi sedap pada saya.  

Daging Goreng Garam Kunyit

Daging
Serbuk kunyit
Kunyit hidup
Garam
bawang besar (hiris)
bawang putih (hiris)
Cili hidup (hiris)
Halia (hiris)
Serbuk perasa

Daging dilumur dengan garam dan kunyit serta kunyit hidup.  Direbus dengan air yang sedikit terlebih dahulu supaya daging cepat empuk.  Setelah daging empuk dan air kering, masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi.  Goreng sehingga daging agak garing, masukkan halia, bawang dan cili hidup yang dihiris.  Jangan terlalu garing, kerana daging akan menjadi liat.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  





1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.