Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 26 October 2011

Kuih Onde Onde


  


Kuih onde onde ini adalah antara kuih yang saya biasa tengok my mom masak sejak saya kecil lagi terutama di bulan puasa. Pada waktu itu, setiap kali mahu membuat kuih saya akan ditugaskan untuk mengisar tepung dengan batu pengisar besar. Masukkan sesudu beras atau pulut dan pusing batu tu perlahan lahan hingga keluar tepung yang dikisar ke dalam kain penapis. Air itu akan disejat hingga tinggal tepung yang akan digunakan untuk membuat kuih. Kadang kadang bila saya jemu dan malas mula melanda, saya tuang air banyak. Jadi proses mengisar cepat dan laju tapi tepung yang keluar tidak halus. Nanti bising lah my mom. Bukan apa, berat tau pengisar tu. Setengah jam belum tentu siap. Miss lah acara nak bermain main pondok. hahaha masih main pondok pondok masa tu. 

Begitu lah susahnya zaman dulu untuk membuat kuih muih bukan macam sekarang beli aja tepung beras atau tepung pulut dan bancuh dengan air dan siaaapp.  Bila dah bekerja di KL, barulah tahu yang kuih ini dipanggil kuih buah melaka kerana menggunakan gula melaka agaknya. Kami panggil gula melaka tu sebagai nnisse jer yang biasa dibuat dari nira kelapa dan dimasak di dalam kawah hingga pekat dan dimasukkan dalam acuan. Masa saya kecil, jiran belakang rumah yang saya kenali sebagai Wak Mejah membuat gula melaka untuk dijual.

Berbalik pada resepi ini, saya memasak kuih onde onde pagi pagi hari sempena cuti Depavali jadi sambil sambil berehat di rumah, boleh lah menikmati kuih onde onde dengan air teh TWG. Lagi pulak, abang dan kakak ipar ada di rumah, kami makan kuih onde onde ini sebagai sarapan pagi ini juga. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...




Kuih Onde Onde aka Buah Melaka)
Bahan-Bahan: 
Tepung pulut (ikut suka berapa banyak)
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka 
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Sedikit kapur


Cara: 
1.      Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan air kapur sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. 
2.      Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3.      Gula melaka dipotong kecil kecil atau dihancurkan sedikit supaya ia cair semasa  dimasak.Saya tak suka rasa gula melaka yang berbiji semasa mengunyah kuih tersebut.
4.      Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel adunan bulat bulat.
5.      Panaskan air hingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan dalam air rebusan supaya airnya wangi.
6.      Masukkan bebola pulut tadi. 
7.      Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
8.      Terus golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 
9.      Bolehlah dihidangkan bersama teh o panas panas. 



sedikit air kapur



air daun pandan



Tepung beras pulut



kelapa campur sedikit garam



gula melaka yg dipotong



gula nisse klate



Bulatkan adunan sebesar biji guli



leperkan


apalagi? masukkan la nisse tadi




masukkan dlm air yg mendidih



tengok ... yg timbul tu tandanya dah masak



dah boleh ditos keluar


golek golekkan dalam kelapa parut


siap dihidangkan
   

3 comments:

  1. isteri aku suruh cari resepi ni hahahaha
    makasih,nanti tray masak kuih ni

    ReplyDelete
  2. Assalam...akhirnya dpt jugak cari resepi ore kalte...nanti nk tyr buat onde2..hehheh..selamat berpuasa ya...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...lama dh x mkn..leh la buat nnt

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.