Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Okt 2011

Kuih Lompang



Hari ni satu lagi hari hujung minggu yang begitu santai. Tak ada apa apa aktiviti yang telah dirancangkan untuk hari ini. Saya pun tak bercadang untuk memasak apa apa hari ini melainkan hubby ke pasar untuk membeli bahan bahan untuk dimasak.  Kalau tidak, kira brunch jer.  Jimat masa, tenaga dan ekonomi gitu .... ohh baru ingat, hari ni ada kenduri tahlil di rumah jiran yang hendak ke Mekah.

Petang ni, ada kawan yang akan berkunjung ke rumah, jadi saya memikirkan apa kuih yang ingin dihidangkan. Semalam saya sudah membeli bahan bahan untuk dibuat cucur udang. Tapi kalau dapat dibuat sejenis kuih lagi pun best juga. Boleh dimakan sambil bersantai santai di tepi kolam ikan nanti.  Terus jer saya buka lap top untuk mencari ilham apa kuih yang hendak dimasak.  Haaa jumpa resepi kuih lompang. Kebetulan saya memang suka makan kuih ini pun...

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya... jom layaaannn



Kuih Lompang
sumber: hanie liza

Bahan A

2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur [bancuh dan tapis]
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam

Bahan B [masak sehingga mendidih dan tapiskan]
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 20 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut .

Ini lah kali pertama saya memasak kuih lompang. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.