Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 29 October 2011

Kuih Keria







Kuih keria adalah kuih kesukaan suami saya berbanding dengan saya yang lebih suka kuih cek mek molek. Oleh kerana bahan bahan untuk membuat cek mek molek dan kuih keria adalah menggunakan bahan yg sama. Jadi saya membuat kedua duanya sekali. Ubi yang ditumbuk disimpan separuh untuk dibuat kuih keria.  Kebetulan pula, ubi keledek yang dibawa oleh my brother dari kampung memang bersaiz besar, jadi banyak jenis kuih boleh dibuat.  Sebelah pagi saya membuat kuih cek mek molek untuk sarapan. Manakala kuih keria saya buat di sebelah petang selepas balik dari pejabat, sebelum hubby balik ke kampung menziarahi emaknya. Hubby memang suka dengan kuih ini dan siap diambil sendiri di kuali sebelum sempat saya menghidangnya.

Sebenarnya inilah kali pertama saya membuat kuih keria kerana saya tak berapa menggemari rasa gula yang melekat tu. Apalagi kalau makan dengan tangan, rasa melekit belengas, istilah  orang Kelantan la.

Jom kita layan resepi dan gambar gambar nya ...


Kuih Keria

Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
4 sudu besar gula
3 sudu besar air

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Bentukkan kuih keria dan goreng dalam minyak panas yang banyak.

Proses seterusnya adalah untuk menyira kuih yang digoreng tadi di dalam kuali berisi air gula. Panaskan air dan gula hingga gula hancur dan berbuih, baru dimasukkan kuih. Perlahankan api dan gaul hingga rata. Lepas tu tutup api dan gaul lagi sehingga gula sekata melekat elok pada kuih.

Siap dihidangkan panas panas.


Nota: ada petua supaya diletakkan 1 sudu teh tepung gandum dalam air gula yang berbuih supaya gula pada kuih keria tahan lama dan tak cair 



Keledek yg direbus empuk dibuang kulitnya


Keledek di tumbuk dan gaul dg tepung gandum



Adunan yg siap utk dibuat kuih


sedang digoreng


Air dan gula untuk menyira


Bila air gula berbuih, masukkan kuih




Tutup api dan terus dikacau


sedia untuk dimakan



Cuba lah, sangat mudah disediakan


4 comments:

  1. terima kasih dengan resipi yang lenkap baru saya thu mcm mana nak masak kuih keria sedap..

    ReplyDelete
  2. saya juga baru belajar membuat kuih keria. semoga apa yang dikongsi di sini, memberi manafaat utk kita semua.

    ReplyDelete
  3. pnndainye masak,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pandai pun tapi sebab belajar dan terus mencuba jer

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.