Iklan Nuffnang

Radiglow

27 Oct 2011

Bingka Pisang





 Saya berhasrat untuk cuba memasak kesemua resepi bingka yang merupakan kuih tradisional yang sangat mudah disediakan dan rasanya juga sedap. Hari ini saya membuat bingka pisang menggunakan lebihan pisang emas semasa membuat kek pisang tempohari.  Pisang pisang tersebut dikupas kulit dan disimpan di dalam peti sejuk.  Hajat hati untuk membuat kuih jemput jemput pisang sahaja, tapi saya menukar fikiran untuk membuat bingka pisang, kot kot boleh saya bawa sedikit ke pejabat esok atau makan sahaja pada hujung minggu.  



Dengan dibantu anak dara saya, Juita kami mula memasak sebaik sampai di rumah.  Tempoh penyediaannya sangat cepat tak sampai pun 15 minit. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya. Jommm .... 




Bingka Pisang
sumber: hana memories
Bahan-bahan
10 - 13 biji pisang - di lenyek
1 cwn tepung
3/4 cwn gula
1 cwn santan
1 cwn susu cair
1 biji telur
2 sudu besar butter
Cara-cara
Blender semua bahan kecuali pisang.
Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk mendapatkan kerak yang hebat.
Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best  ....






3 comments:

Totie@Tomy said...

bingka pisang ni nampak menarik dan sedap..biasa saya suka makan cucur pisang..tp resipi ni lagi sihat dari cucur pisang..

Azie said...

Cucur atau jemput jemput pisang lebih berminyak sebab digoreng. Bingka pisang hanya dibakar, jadi kurang berminyak. cuba lah, rasanya sedap sekali

Anonymous said...

Tp bingka pisang pakai santan, susu...tak sihat juga jadinya..