Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam



Rendang Ayam Sedap Azie Kitchen



Rendang ini adalah rendang yang saya belajar sejak kawin dan masih diamalkan sehingga kini cuma diubahsuai sedikit sebanyak. Kalau dulu semua bahan di blend tapi kini saya menghiris nipis seprti yang dibuat oleh my mother in law. Kadang kadang bila rajin, saya juga menggoreng sedikit kelapa parut, ditumbuk kasar dan dimasukkan ke dalam rendang yang hampir kering.

Hari ini, majlis jamuan raya Nana untuk kawan kawannya, hubby telah meminta saya memasakkan rendang kerana beliau ingin membeli lemang. Katanya bila ada lemang dan rendang, baru terasa suasana raya. Tanpa melengahkan masa saya ke dapur dan terus mula memasak rendang pedas ayam. 

Jom kita lihat resepi saya dan sudah tentu gambar gambarnya ... tapi resepi saya ni main agak agak dan campak campak jer. Rasa kurang bawang, hiris bawang campak lagi. Gitu la kira kiranya..





Rendang Ayam Sedap Azie Kitchen

Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam
Santan
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas ( hari ini saya tak masukkan)
Kunyit hidup ( hari ni guna kunyit serbuk)
Halia
Asam keping
Kerisik
Garam, gula
Daun kunyit (dihiris)



Cara cara:
Campurkan kesemua bahan ke dalam kuali. Bila menggelegak, baru dimasukkan ayam, takut ayam hancur jika dimasuk terlalu awal. 

Bila hampir pekat, masukkan kerisik, gula, garam, asam keping dan akhir sekali daun kunyit yang dihiris. sesuaikan rasa dan kepekatannya dan angkat.



Rendang Ayam Sedap Azie Kitchen





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Rendang Ayam"

  1. Assalam Kak Azie, maaflah saya ingin bertanya sedikit berkenaan resipi ini.
    Bagaimana dengan sukatan bahan-bahannye ye?
    Saya baru ingin cuba memasak rendang ayam untuk Hari Raya ni jadi saya takut kalau terlebih atau terkurang sukatan bahan-bahannye.
    Terima kasih kak.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya mmg agak agak jer. Tapi blh rujuk resepi di http://aziejaya.blogspot.com/2014/07/rendang-ayam-entri-ramadhan-terakhir.html

      Padam