Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

2 Sep 2011

Pulut Kuning Ekspress


 
Saya teringin sekali belajar buat pulut kuning tapi rasanya malas pulak nak kukus. Maklumlah tak ada pembantu rumah! penat juga nak membasuh pengukus kemudiannya. Jadi bila terjumpa resepi pulut kuning ekspress, terus ingin mencuba. walaupun percubaan pertama macam berkerak sikit kerana lambat mengeluarkan dari rice cooker selepas pulut masak, namum saya sangat gembira kerana berhasil memasak pulut kuning. Insya Allah, lain kali, saya akan kukus pulut seperti yang sepatutnya. jom layan ....

PULUT KUNING EKSPRESS 
Cara masak pulut kuning cepat..tapi hasilnya sama seperti di kukus.

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
pewarna kuning

Cara-cara
Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya tak berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..

Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Selamat mencuba! 


10 ulasan:

  1. Mudahnya...seronok saya jumpa resepi senang cam ni.. time kasih.. esok nak try buat :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih share resepi.. esok first time nk
    buat :)

    BalasPadam
  3. Nk tanya, cara masaknya... sukatan air, cam madak nasi ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sukatan air dsn santan dslam resepi

      Padam
  4. biar hingga mask tu mksdnye lpas gaul wkt mndidih tu, ttp periuk nasi n biar kering ( mcm mask nasi) ke?

    BalasPadam
  5. Saya dah try. Menjadi terima kasih. Sesuai untuk buat minum petang. Pulut dengan kelapa n gula apong

    BalasPadam
  6. Satu sudu besar minyak tu. Sudu makan ke apa ye?

    BalasPadam
  7. Tak perlu rendam ye pulut tu 1 mlm sebelum masak?

    Ninie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna pulut susu. Rendam 15-20 minit pun dah ok

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.