Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

11 Sep 2011

Puding Tembikai





Aduish pagi pagi lagi dah spoilt, maklum bangun bangun terus ke dapur godek tengok bahan untuk membuat puding tembikai. Haaa ini gara gara malam tadi sebelum tidur tengok gambar gambar puding tembikai di internet dan blog blog masakan. Begitu teruja untuk membuatnya sampai tak jumpa cari bahan bahan yang diperlukan, periuk agar agar dah naik atas dapur. Maknanya punya la kelam kelibut.

Lepas tu tak penyabar pulak tu, lebih lebih lagi bila tengok adunan atas dapur dah mula pekat. Haa bila dah panic button, apalagi tuang jer semua dengan tak sempat tunggu adunan hijau dan putih untuk kulit tembikai keras. hmmm nasib la, dari nak jadi puding tembikai, jadi ajer la puding apa apa, puding marble ke atau apa apa lah. Jiwa tengah kacau ni sebab percubaan tak menjadi. Sejak dari kecil, saya memang bercita cita nak membuat puding berbentuk tembikai atau timun cina dalam bahasa negeri ku, che siti wan kembang. Jom layan aje la gambar dan resepinya kerana bukan salah resepi ... apa apa rasanya mabeles, lemak lemak manis gitu ...


Puding Tembikai
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:(loyang 8 atau 7 inci lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm/agar agar serbuk 10gm
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil (atau bijan hitam)
sedikit pewarna hijau/merah

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil 1 cawan adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai. Biar hingga keras sedikit.
Ambil pula 3/4 cawan warna asal dan curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.