Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

9 Sep 2011

Sup Daging dan Kentang






Masih terdapat lebihan daging yang direbus bersama hirisan halia untuk resepi nasi daging pagi tadi.  Apalagi lagi hiris sahaja bawang merah dan bawang putih, tumis dengan bahan penumis dan masukkan rempah sup serbuk.  Selepas wangi, masukkan daging dan air rebusan daging tadi.  Campakkan juga ubi kentang yang dipotong kecil.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  Siaap.  Sebelum hidang, taburkan dengan bawang goreng, daun sup dan jika mahu cili merah hiris juga.

Mudah dan sedap sekali tapi kalau dibeli di gerai gerai, boleh tahan juga harganya dan sup berasa macam sup tomyam jer. Sepatutnya sup daging lain rasanya dengan sup tom yam.  Selain berkongsi resepi mudah ini, saya juga seronok dengan hobi fotografi mengambil gambar gambar masakan yang memang mengasyikkan ...

 Sekian 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.