Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

18 Sep 2011

Hati Ayam Goreng Cili

 
 
Bila dibuka peti sejuk, ternampak pulak beberapa ketul hati ayam dan hempedal yang tersimpan semasa membeli ayam sebelum raya baru ni. Kami jarang beli hati ayam, tak kira la hati ayam ke, hati lembu ke, maklumlah anak anak tak suka. Yang suka makan hati, ni saya sorang jer. Asyik makan hati jer, tak tahu la sampai bila, sabor berbanyak.

Kali ini saya menyediakan hati goreng yang dimasak dengan sambal jer ala ala resepi minang yang diajar oleh Ira, adik ipar saya. Sedap juga dan yang penting cepat disediakan. Tidak banyak masa dihabiskan di dapur.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Ringkas mudah dan cepat disediakan..
 



Hati Ayam Goreng Cili
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili merah
Bawang merah
Garam
Gula
Air asam limau kasturi

Cara cara:
Hati ayam dibubuh garam kunyit dan digoreng. 

Tumbuk kasar cili merah hidup dan bawang merah. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing, masukkan garam, gula dan perah air limau kasturi.  Kalau hendak menggunakan cuka pun boleh juga sebagai ganti air perahan limau. 

Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sambal.  Kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.  


Bahan bahan diperlukan



Tumbuk cili hidup dan bawang merah



Hati yang sudah digoreng



Tumis hingga garing




masukkan hati ayam



siap dihidang


1 ulasan:

  1. salam azie..tnx dear for this receipe..mmg sedap n i gve u 5 stars..hehehehe:)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.