Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

6 Sep 2011

Bingka Pandan


memang yummy ...


siap di hidang

Sejak bulan puasa lagi saya bercadang untuk memasak beberapa jenis kuih bingka.  Oleh kerana kesuntukan masa di bulan ramadhan, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.  Kini saya masih dalam suasana "bercuti raya" walaupun sudah dua hari masuk ke pejabat. Jadi mood rajin masih membara.  Balik pejabat hari ini, saya terus masuk ke dapur menyediakan bahan bahan untuk bingka pandan atau dikenali juga kuih bakar pandan atau kuih kemboja.

Saya sebenarnya kemaruk dengan kuih bakar yang saya beli di Kg Baru.  Namum kesempatan untuk bersarapan di sana amat jarang diperolehi kerana suami saya tidak suka ke sana sebab berkejar dengan masa dan jalan jam.  Jadi hasrat untuk menikmati kuih tersebut terpendam begitu sahaja.  Teramat sedap kuih yang dijual sehingga saya memberanikan diri meminta nombor telefon orang yang membuat kuih tersebut.  

Setelah mencari cari resepi dalam internet, saya terjumpa resepi kak zana dalam myresepi dan membaca komen komen orang yang telah mencuba resepinya.  Sangat memberangsangkan. Lagipun pokok pandan saya di belakang rumah sudah agak rendang dan boleh diambil daunnya untuk menyediakan kuih ini. 

Kuih ini patut dipotong bila sejuk tapi saya dah tak boleh tahan godaan, lama sangat nak tunggu, terus juga potong sikit sikit, tengok tengok setengah dulang dah licin.  Alamak hancuis la diet kalau macam ni.  Lepas satu satu masuk mulut tanpa disedari.  Hubby pulak setiap kali lalu ke dapur, cukai seketul seketul.  Haa itu la penangan bingka pandan. Ampuuun sedap sangat.  Nasib baik ada debella litchin. Tak ada la rasa bersalah sangat pada diri sendiri. Cepat cepat bancuh debella litchin fiber sebelum zzzz ...

Panjang pulak celotehnya.  Jom kita layan resepi dan gambar gambar kuih yang saya sediakan  pada hari ini.  Sangat mudah, sangat cepat disediakan dan yang penting sangat enak di makan.  Jom jom ....


Bingka Pandan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (saya tambah 2 sudu besar)
1 cawan gula
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan blend dg air)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat) - boleh guna 2 cawan santan jika tk mahu guna susu sejat
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi kedalamnya. Taburkan bijan.
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing. 
Bila dah sejuk, baru dipotong.

sebaik dikeluarkan dari oven



dipotong waktu sejuk, tapi saya dah tak sabar tunggu sejuk





1 ulasan:

  1. sedap ni Puan Azie. Faveret!!. tetiba teringat kuih ni yg dimasak oleh arwah mak. Mak pun pernah ajar sy dulu tapi dah lupa resipinya. Bila baca blog puan ni, dah teringat 1 cawan, 1cawan..hehe..btw pernah cuba buat bingka ubi kayu?. kalau xsilap saya cuma gandum tu tukar dengan ubi kasi yang dimesin kan?

    -irfan abdul-
    food's devil.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.