Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 5 September 2011

Bingka Kentang



lihat la kerak yang menjadikan bingka lagi sedap dimakan
 

memang sedap ... cuba la

Sejak saya berjaya memasak bingka telur tempohari, saya menjadi begitu teruja untuk mencuba lain lain bingka, kuih muih tradisional yang mudah dan cepat disediakan.  Bingka saya ini dah terlebih sudah dibakarnya sebab nak kan kerak yang lebih, jadi warnanya dah agak keperangan.  Apa apa pun rasanya tetap sedap ... Jom layannn


Bingka Kentang
sumber: Hana memories

Bahan-bahan
2 biji ubi kentang-rebus dan lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning
1/3 sudu besar butter dicairkan
garam

Cara-cara
Rebus kentang hingga empuk, buang kulit dan dilecek. Blend kesemua bahan dan masukkan gandum dan akhir sekali butter yang dicairkan. Blend lagi hingga sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sekejap dan tuang adunan. Tabur bijan jika suka. Bakar suhu 180 selama 50-60min utk dapatkan kerak yang best!
Sejukkan dahulu baru potong.


lagi lagi gambar bingka kentang


enjoy ...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.