Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

5 Sep 2011

Aidil Fitri di Nur Qaseh Yang Sangat Membahagiakan ...


Apa lagi yang ingin di ucapkan selain dari kata kata yang saya sangat bahagia di Hari Raya Aidil Fitri kali ini.  Banyak sebabnya.  Antaranya berhari raya di rumah baru, berhari raya di rumah sendiri buat pertama kali, anak anak yang berjaya ke menara gading dan banyak lagi.

Sessi fotografi santai yang diatur oleh my hubby adalah sesuatu yang diluar dugaan dan amat mengembirakan saya.  Seperti yang dicelotehkan dulu, saya amat berminat dengan fotografi. Maka setiap function atau event, saya la yang akan bersusah payah mengatur dan memikirkan kesemua urusan fotorgrafi.  Tapi kali ini, saya hanya membawa diri, posing dan siap.  Semua diuruskan oleh hubby dan anak anak. Fotografi amat memberi makna pada saya, saya tak tahu la pada orang lain.  Hari raya dah berlalu, lagi lama ia akan kian pudar dari fikiran dan minda kita, tapi dengan ada nya photo photo, ianya akan tetap segar sepanjang masa. 

Selain sessi fotografi, hidangan makan juga diuruskan oleh anak anak walaupun pinggan mangkuk yang diguna bercampur baur.  Boleh dimaafkan kerana pertama kali mereka menguruskannya.  Hahaha apa lagi yang nak dikata kerana pagi itu, saya solat hari raya di rumah sahaja.  Di samping itu, saya juga sibuk berkemas kemas pakaian untuk balik kampung beraya di kampung hubby dan juga untuk menghadiri perkahwinan anak saudara di Taiping.

Sebelah petang kami bertolak ke kampung dalam keadaan santai sahaja kerana tidak banyak lagi kenderaan di jalan raya. Apa apa pun, hari raya tahun ini amat manis dan membahagiakan. semoga ianya akan terus berkekalan begitu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.