Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

2 Sep 2011

Agar agar Santan Gula Melaka



Dunia masakan kini menjadi lebih mudah selari dengan kecanggihan teknologi.  Jika dulu untuk memasak agar agar, kita menggunakan agar agar bertali tapi kini lebih mudah dengan agar agar serbuk sahaja.  Tak perlu lagi ditapis selepas dimasak agar agar bersama gula. Agar agar santan gula Melaka dan agar agar santan pandan adalah agar agar kesukaan saya.  Saya suka memakan bahagian atas yang berlumut. 

Saya mula belajar membuat agar agar ini dari sepupu, Hayanim.  Pada masa tersebut, resepi menggunakan kelapa parut dan diramas bersama sama telur sebelum diperah santannya.  Kini memasak menjadi lebih pantas dengan menggunakan santan kotak atau santan serbuk sahaja. Jom lihat resepi di bawah ... 

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan Kara (atau guna 200ml santan kotak)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih dan nampak seperti berbintil bintil
  5. Tuang kedalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan dan dipotong untuk dihidangkan 
  
 



 

2 ulasan:

  1. salam akak. tumpang tanye. 10g serbuk same ke dengan 10g strip?

    lagi satu, sukatan cawan tu bersamaan berapa liter ye?

    -arib-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa tak sama. Belakang packing, biasanya ada dinyatakan brp sukatan air yg perlu

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads