Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

24 Ogo 2011

Puding Permata - Apa Dah Jadi?

Layann jer ...

Hahaha ... Apa Dah Jadi? Aduhai percubaan pertama yang tak menjadi. Sekian lama teruja melihat gambar gambar puding permata yang begitu cantik dipaparkan dalam blog blog masakan, sekian lama mencari serbuk agar agar yang kehabisan di mini mini market di sini, akhirnya ini yang terjadi ..huhuhu.  Saya  telah pun membuat post mortem, hah pinjam istilah perubatan jap macam mana boleh terjadi begini. Puding tidak cukup kecairan untuk menenggelamkan permata permata.  Pada masa yang sama, kastard juga tidak cukup keras untuk dipotong... Tak apa saya pasti cuba lagi sehingga menjadi.  Apa apa pun rasa puding ini sedap sekali, cuma saya perlu mengurangkan sukatan gula di percubaan akan datang. Cara memasak agar agar juga perlu diubahsuai.  Sekarang ini, kita layann resepi dulu ....
Puding Permata
Bahan untuk agar-agar :
1 sudu besar serbuk agar agar
300ml air
200ml susu cair
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dg sedikit air)

Bahan untuk kastad :
10gm serbuk agar agar
500ml air
400ml susu cair
250gm gula pasir (boleh kurangkan)
1 1/2 sudu besar tepung kastad (dibancuh dengan 3 sudu besar air)
Cara-cara :Untuk agar-agar :
  1. Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk koko yg dibancuh dg sedikit air dan kacau rata.
  3. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  4. Tapis agar-agar ke dalam loyang leper dan sejukkan di dalam peti sejuk. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
Untuk kastad :
  1. Masak air, susu dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastad yg dibancuh dg 3 sudu besar air dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang saiz 7” x 7” dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras sebelum dipotong dan dihidangkan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.