Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

20 Ogo 2011

Ikan Bawal Sweet Sour

ini lah sweet sour versi saya ...


Wah best hari sabtu boleh bersantai di rumah.  hihihihi lepas solat subuh, siap sambung tidur jap.  Tak pernah lagi buat camni.  Bangun jer, bingung sekejap, apalagi bila terkenang juadah berbuka, terasa jemu sangat dan dah tak tahu lauk pauk apa yang nak dibeli di bazar ramadhan petang nanti. 

Seawal 8.00 pagi, saya dah mula memasak lemak ketam cili padi sebab tengahari dah berjanji dengan anak anak nak ke Sunway Pyramid, selepas ke saloon di Subang Jaya.  Hmm..... lama tak masak ikan bawal, apa lagi terus ajak my daughter singgah ke pasar mini mencari kot kot ada ikan bawal segar yang boleh dibeli. 

Bila memasak Ikan bawal sweet sour teringat my daughter Nana yang sedang belajar di Egypt kerana setiap kali balik bercuti, pasti minta dimasakkan ikan bawal sweet sour. Dia pun dah hantar bbm, balik nanti nak makan ikan bawal sweet sour.  jom layannnn ...


Ikan Bawal Sweet Sour
Bahan bahannya:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili kisar
Tomato buah
Sos tomato
Sos cili
Garam, serbuk perasa

Hiasan:
Daun sadri

Ikan bawal dilumur garam dan kunyit dan digoreng.  
Bawang besar, bawang putih, halia di blend dan di tumis sehingga naik bau, dimasukkan cili kisar.  Goreng hingga naik minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa.  masukkan sedikit air, jika agak pekat.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris, tomato buah yang dipotong kecil dan daun sadri.
 


Layannn




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.