Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

23 Ogo 2011

Ayam Masak Merah






Balik dari pejabat tadi, sempat masak ayam masak merah untuk juadah berbuka. Keputusan untuk memasak dibuat last minute mengenangkan permintaan anak bongsu kami, Aween yang minta saya masakkan Ayam Masak Lemak masa berbuka semalam. Seronok melihat dia yang berselera makan ayam masak lemak hingga menambah nambah. Hilang rasa penat bila melihat anak anak makan dengan berselera. Lagi pun masakan ini amat simple dan cepat disediakan. 

Saya pernah melihat aunty menggunakan susu cair dalam masakan ayam masak merah beliau dan akhir sekali ditaburkan dengan kacang peas. hahaha saya tak meletak kacang peas kerana pertama sebab tak ada stock dan kedua kerana anak anak tak suka. Jadi dari sekadar nak mencantikkan tetapi berlaku pembaziran, lebih baiklah tidak meletakkannya.

Jom, layan resepi ayam masak merah versi saya yang sangat sedap ini...





Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili giling
Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Serai (titik)
Sos tomato & sos cili
Tomato buah (potong)

Bawang besar (hiris bulat)
Daun sadri sebagai hiasan

Cara cara:
Ayam potong ikut suka.  Dilumur garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.  

Bahan bahan lain di blend dan ditumis hingga garing dan naik minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa.  Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.

Masukkan ayam yang telah digoreng. Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar hiris. Sesuaikan kepekatannya dan siap. Tabur daun sadri sebagai hiasan.









masih di kuali ...

1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.