Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

24 Ogo 2011

Ayam Masak Kicap




Masakan ayam masak kicap saya ni sebenarnya tak ada bahan tetap tertentu yang digunakan.  Setiap kali saya memasak, dengan sendiri, saya akan mencampak jer apa yang terlintas di fikiran pada masa tersebut.  Tapi masakan hari ini, rasa sedap sekali. Agaknya sebab memasak dengan penuh kasih sayang kot sebab hari ini, hari pertama berbuka puasa dengan Nana.  Jom kita tengok apa bahan yang saya campak dalam masakan tadi ...

Ayam Masak Kicap

Ayam dilumur garam dan kunyit (digoreng)
Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bawang besar (hiris bulat)
Cili merah (hiasan)
Daun sadri (hiasan)
Kayu manis (menumis)
Kicap Kipas Udang & Kicap ABC
Serbuk perasa, Maggi Secukup Rasa

Cili merah, bawang besar, bawang putih dan halia di blend. 

Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bahan blend hingga garing dan wangi.  Masukkan kicap, ayam dan dikacau rata. 

Akhir sekali masukkan bahan hirisan dan hiasan serta serbuk perasa.  Memang meletop ...cuba la





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.